Pemodelan sikap pelajar terhadap matematik menggunakan analisis faktor dan model persamaan berstruktur

Kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah telah sampai ke tahap sangat kritikal. Masalah berkenaan berlaku disebabkan persepsi negatif pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Yusof Endut
Language:Malay
Published: 2013
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah telah sampai ke tahap sangat kritikal. Masalah berkenaan berlaku disebabkan persepsi negatif pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor utama yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap matematik. Penumpuan diberikan terhadap empat domain iaitu pelajar, guru, bahasa dan rakan sebaya. Data diperolehi melalui edaran borang soal selidik kepada sampel kajian berdasarkan model Fennema dan Sherman (1986) dan pengukuran sikap berdasarkan skala Likert. Sampel kajian terdiri daripada 568 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada 18 buah sekolah di daerah Dungun, Terengganu. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 19 dan Model Persamaan Berstruktur (MPB) melalui perisian AMOS versi 4.