Faktor Peramal Niat Untuk Menggunakan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam

Pada dekad ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pengajaran guru akan berasaskan perkongsian maya menerusi e-pembelajaran...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Shidki Bin Mat Yusoff
Language:Malay
Published: 2016
Abstract Abstract here
Description
Summary:Pada dekad ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pengajaran guru akan berasaskan perkongsian maya menerusi e-pembelajaran, khususnya dalam meneroka sumber maklumat melalui internet. Persekitaran e-pembelajaran memerlukan sekolah-sekolah yang serba lengkap bagi tujuan mengoptimunkan penggunaan pembelajaran maya dalam kalangan guru dan pelajar.Berdasarkan analisis kajian lepas, penggunaan TMK dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) didapati tidak memberangsangkan. Kadar penggunaan TMK yang berada pada tahap rendah dalam kalangan GPI tidak selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin menjadikan e-pembelajaran sebagai alat pembelajaran abad ke21.