Pemodelan interpolasi splin kubik kabur terhadap permasalahan rantau kabur

Rantau merupakan satu kawasan yang terhasil melalui satu lengkung tertutup di mana ia membentuk satu sempadan yang mempunyai keluasan tertentu. Permasalahan akan timbul apabila wujudnya keluasan rantau yang bersifat ketakpastian. Bagi mengatasi masalah ini, teori set kabur khususnya konsep nombo...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nur Azlida Ahmad
Language:Malay
Published: 2011
Abstract Abstract here
Description
Summary:Rantau merupakan satu kawasan yang terhasil melalui satu lengkung tertutup di mana ia membentuk satu sempadan yang mempunyai keluasan tertentu. Permasalahan akan timbul apabila wujudnya keluasan rantau yang bersifat ketakpastian. Bagi mengatasi masalah ini, teori set kabur khususnya konsep nombor kabur dan data kabur digunakan bagi mentakrif data rantau yang bersifat ketakpastian. Titik data rantau kabur yang diperolehi dapat dimodelkan melalui lengkung kabur. Lengkung kabur yang dihasilkan melalui kaedah pemodelan interpolasi splin kubik kabur akan dibincangkan dalam kajian ini. Model kabur ini dibina melalui takrifan titik kawalan kabur dan titik data kabur. Kemudian, model kabur ini diaplikasikan melalui konsep nombor segitiga kabur untuk proses penyahkaburan.