Hubungan nilai kerja dengan trait personaliti guru sekolah rendah di Negeri Kelantan

Dalam usaha memodenkan sistem pendidikan hari ini, langkah-langkah memperbanyakkan kemudahan prasarana pendidikan, mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan mengemaskini kurikulum pendidikan masih belum mencukupi selagi faktor guru tidak diberi perhatian. Faktor-faktor seperti nilai kerja...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Mohd Aziz, Mohd Din
言語:マレー語
出版事項: 2003
Abstract Abstract here
その他の書誌記述
要約:Dalam usaha memodenkan sistem pendidikan hari ini, langkah-langkah memperbanyakkan kemudahan prasarana pendidikan, mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif dan mengemaskini kurikulum pendidikan masih belum mencukupi selagi faktor guru tidak diberi perhatian. Faktor-faktor seperti nilai kerja dan trait personaliti merupakan dua elemen utama yang menentukan kejayaan seseorang guru dalam melaksanakan tugas-tugas mereka selain ilmu pengetahuan dan kemahiran keguruan. Oleh itu kajian ini yang dijalankan ke atas guru-guru sekolah rendah di negeri Kelantan adalah bertujuan untuk menentukan perkaitan antara ciri latar belakang terpilih guru-guru dan juga nilai kerja dengan trait-trait personaliti mereka. Seramai 438 warga guru daripada 11,563 orang guru yang bertugas di seluruh sekolah rendah negeri Kelantan telah dipilih menggunakan kaedah rawak berlapis dan rawak mudah sebagai responden kajian