| सारांश: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kepentingan pertautan ibu bapa dan rakan
sebaya dalam konteks pelajar tahun pertama di universiti, dan bagaimana
pertautan ibu bapa dan pertautan rakan sebaya ini mampu meningkatkan
penyesuaian melalui pengalaman kedewasaan berkembang dalam perspektif
penerokaan identiti. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji bagaimana status
kedewasaan berfungsi sebagai penyederhana di antara pengalaman kedewasaan
berkembang dan penyesuaian di universiti. Hubungan-hubungan ini diterangkan
daripada persepktif perkaitan di antara teori pertautan Bowlby dan Ainsworth dan
teori kedewasaan berkembang Arnett. Data kajian dikumpul daripada 568 pelajar
tahun pertama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sesi 2014/2015 melalui borang
soal selidik yang telah diadaptasi daripada pengkaji-pengkaji lepas. Data yang
dikumpul dianalisis dengan menggunakan model persamaan struktur Smart PLS
Versi 2.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan ibu bapa, alienasi ibu
bapa, kepercayaan rakan sebaya, dan komunikasi rakan sebaya mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap pengalaman kedewasaan berkembang.
Manakala, pengalaman kedewasaan bp.rkembang mempunyai pengaruh yang
signifikan terhadap penyesuaian akademik, penyesuaian sosial, dan penyesuaian
personal-emosi). Pengalaman kedewasaan berkembang didapati bertindah sebagai
pengantara ke atas hubungan kepercayaan ibu bapa dan penyesuaian dalam aspek
akademik, sosial dan personal-emosi; hubungan alienasi ibu bapa dan penyesuaian
dalam aspek akademik, sosial, dan personal-emosi. Di samping itu, pengalaman
kedewasaan berkembang juga bertindak sebagai pengantara ke atas hubungan
komunikasi rakan sebaya dan penyesuaian dalam aspek akademik, sosial, dan
personal-emosi. Kesan penyederhana status kedewasaan di antara hubungan
pengalaman kedewasaan berkembang dan penyesuaian akademik juga ditemui di
dalam kajian ini. Sumbangan hasil kajian secara teoritikal dan praktikal juga
dibincangkan secara mendalam. Selain itu, kelemahan kajian juga diterangkan
berserta dengan cadangan kajian pada masa hadapan.
|