Kepimpinan pengetua cemerlang dan kaitannya dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua cemerlang dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Seramai 250 orang guru dari lima buah sekolah telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Dua instrumen digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang digunakan dala...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Marynah Perisin
フォーマット: 学位論文
言語:英語
出版事項: 2013
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18908/1/Kepimpinan%20pengetua%20cemerlang.pdf
その他の書誌記述
要約:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua cemerlang dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Seramai 250 orang guru dari lima buah sekolah telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Dua instrumen digunakan untuk mengukur pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini. Leadership Behavior Description Questionnaire digunakan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua cemerlang. Sementara soal selidik The Minnesota Satisfaction Questionnaire digunakan untuk mengenalpasti kepuasan kerja guru. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach 0.902 diperoleh yang menunjukkan ketekalan item-item dalam soalan selidik adalah tinggi. Analisis deskriptif dijalankan seperti min, frekuensi dan peratus untuk mengenalpasti faktor demografi jantina dan pengalaman mengajar. Analisis inferensi juga dijalankan seperti Ujian-t tidak bersandar, ANOVA sehala dan Korelasi Pearson untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan, tiga antara empat gaya kepimpinan pengetua cemerlang yang dipopularkan oleh House (1971) mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja guru pada tahap yang berbeza.