Kepuasan guru PGSR terhadap penggunaan portal PGSR online
Sistem E-Learning mewujudkan pendekatan sistem pembelajaran bermaklumat yang moden terhadap pendidikan. Namun, peningkatan mendadak terhadap kursus yang menawarkan sistem pembelajaran dalam talian seperti ini telah mewujudkan persoalan terhadap keberkesanan penyampaiannya. Kepuasan pelajar akan mema...
| Auteur principal: | |
|---|---|
| Format: | Thèse |
| Langue: | anglais anglais |
| Publié: |
2011
|
| Sujets: | |
| Accès en ligne: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37632/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37632/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37632/ |
| Abstract | Abstract here |
| Résumé: | Sistem E-Learning mewujudkan pendekatan sistem pembelajaran bermaklumat yang moden terhadap pendidikan. Namun, peningkatan mendadak terhadap kursus yang menawarkan sistem pembelajaran dalam talian seperti ini telah mewujudkan persoalan terhadap keberkesanan penyampaiannya. Kepuasan pelajar akan memastikan kejayaan terhadap pengimplementasian sistem ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan guru PGSR terhadap Portal PGSR Online yang dinilai melalui empat aspek iaitu interaksi dengan pensyarah, rakan sebaya, isi kandungan dan teknologi. Selain itu, pengalaman penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran turut dikaji. Seramai 193 guru PGSR ambilan November 2008 diambil sebagai responden. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 57 item. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian-t dan ANOVA Sehala. Kajian mendapati tahap kepuasan guru PGSR secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (min, 2.55). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan tahap kepuasan guru PGSR terhadap Portal PGSR Online berdasarkan jantina, manakala terdapat perbezaan min yang signifikan tahap kepuasan berdasarkan lokasi IPG. Hasil kajian juga mendapati, terdapat hubungan linear yang kuat antara tahap kepuasan dengan interaksi dengan isi kandungan. Implikasi kajian menunjukkan pihak IPG perlu memberi perhatian terhadap isi kandungan agar ianya sentiasa dikemaskini serta menilai kualiti isi kandungan yang disampaikan. |
|---|
