Sudawil : Analisis dari aspek makna

Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Julita @ Norjietta Taisin
フォーマット: 学位論文
言語:英語
英語
出版事項: 2014
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40574/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40574/2/FULLTEXT.pdf
その他の書誌記述
要約:Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif dan fungsi kohesi. Dengan mengaplikasikan pendekatan Teori Analisis Komponen Makna oleh Katz (1972) elemen-elemen sinonim, metafora dan kohesi telah membuktikan bahawa sudawil mampu mengungkap makna yang luas. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rujukan pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini berhasil mengungkap tiga tafsiran makna. Pertama, wujudnya padanan makna perkataan-perkataan tertentu dalam ungkapan sudawil. Kedua, penggunaan unsur metafora mampu mewujudkan pelbagai makna untuk mengekalkan interaksi sosial berlandaskan adat dan budaya masyarakat penggunanya. Ketiga, unsur kohesi no mempengaruhi ungkapan wacana bermakna kerana ia memberi penegasan maklumat dengan berkesan. Kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut telah membuktikan bahawa sudawil merupakan tradisi lisan yang menyimpan nilai dan norma kehidupan masyarakatnya dan sudawil seharusnya dipertahankan oleh generasi muda sebagai tradisi hidup yang masih bersesuaian pada zaman moden.