Faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi kerja-kehidupan dalam kalangan kakitangan akademik di IPTA yang terpilih di Kota Kinabalu Sabah
Dalam 10 tahun ini, pelbagai kajian kualitatif dan kuantitif mengenai isu kerja dan kehidupan telah dilaksanakan di seluruh dunia. Kajian bersabit isu kerja dan kehidupan ini penting bagi kelestarian kesejahteraan pekerja, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara keseluruhannya. Justeru, kajian m...
| मुख्य लेखक: | |
|---|---|
| स्वरूप: | थीसिस |
| भाषा: | अंग्रेज़ी अंग्रेज़ी |
| प्रकाशित: |
2017
|
| विषय: | |
| ऑनलाइन पहुंच: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43073/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43073/2/FULLTEXT.pdf |
| सारांश: | Dalam 10 tahun ini, pelbagai kajian kualitatif dan kuantitif mengenai isu kerja dan kehidupan telah dilaksanakan di seluruh dunia. Kajian bersabit isu kerja dan kehidupan ini penting bagi kelestarian kesejahteraan pekerja, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara keseluruhannya. Justeru, kajian mengenai isu kerja dan kehidupan ini adalah untuk memenuhi kepentingan kepada pemerintah, majikan, kesatuan sekerja dan penggubal polisi. Perubahan tren pekerjaan telah membawa kepada masalah pengagihan masa dan tanggungjawab yang tidak seimbang antara tanggungjawab kerja dan tanggungjawab keluarga yang telah menyebabkan kakitangan akademik tidak dapat melaksanakan tanggungjawab yang baik terhadap kedua-dua domain dan sekaligus memberikan kesan ke atas kesejahteraan mereka, keluarga, organisasi dan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi integrasi kerja-kehidupan terhadap kakitangan akademik di IPTA yang terpilih di Kota Kinabalu. Analisis ujian regrasi mudah digunakan untuk menganalisis data kajian. Berdasarkan kajian kes kuantitatif ke atas 83 orang kakitangan akademik, hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam faktor yang mempengaruhi integrasi kerja-kehidupan iaitu pola dan waktu bekerja, manfaat dan cuti, polisi kerjakehidupan, tekanan kerja, sokongan dan agama serta nilai. Enam faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi integrasi kerja-kehidupan ialah purata jam bekerja, perspektif terhadap polisi kerja-kehidupan, gaji, waktu kerja bersesuaian, waktu kerja membebankan dan hubungan pekerjaan. Oleh itu, kajian mendapati bahawa faktor-faktor yang ditemui dalam kajian ini memainkan peranan penting dalam pelaksanaan tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga. Hasil kajian diharapkan mampu membantu kakitangan akademik untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga. |
|---|