Pemencilan, penyaringan dan pencirian bakteria pengurai hidrokarbon dan kesan bioremediasi minyak diesel oleh konsortia bakteria yang diformulasikan

Masalah pencemaran oleh petroleum semakin berleluasa berikutan peningkatan dalam permintaan terhadap produk petroleum. Bioremediasi merupakan alternatif utama dalam menangani masalah yang berlaku. Sebanyak sebelas strain bakteria pengurai hidrokarbon berjaya dipencilkan dari sampel minyak mentah, en...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurulhuda Zaihan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43137/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43137/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Masalah pencemaran oleh petroleum semakin berleluasa berikutan peningkatan dalam permintaan terhadap produk petroleum. Bioremediasi merupakan alternatif utama dalam menangani masalah yang berlaku. Sebanyak sebelas strain bakteria pengurai hidrokarbon berjaya dipencilkan dari sampel minyak mentah, enapcemar tulen dan enapcemar terawat yang diperoleh dari Labuan Crude Oil Terminal. Tujuh daripada bakteria tersebut merupakan bakteria Gram positif berbentuk rod, manakala bakinya adalah bakteria Gram negatif berbentuk rod dan kokus. Kesemua bakteria berupaya menggunakan minyak mentah, diesel dan fenol sebagai sumber tenaga untuk pertumbuhan. Bioremediasi enapcemar diesel telah dijalankan secara skala makmal menerusi aplikasi olah tanah dalam masa enam bulan menggunakan konsortia Dd-6. Konsortia tersebut terdiri daripada Pseudomonas sp. ReCO-Cr2, Bacillus sp. RdPOS-Cr1, Enterobacter cloacae RePOS-W1, Bacillus sp. ReTOS-Cr2, Pseudomonas sp. ReTOS-Cr3 dan Bacillus sp. ReTOS-Cr4. Profil biodegradasi menunjukkan konsortia Dd-6 berjaya mendegradasi 95.9% diesel dengan penurunan TPH dari 11.7% ke 0.5%. Suhu di plot olah tanah berada di antara 26ºC hingga 31ºC dengan kelembapan di antara 14.5% hingga 21.5%. Keadaan tanah berubah dari berasid ke alkali iaitu dari pH 5.52 ke 8.71. Populasi bakteria juga meningkat iaitu dari 1.71 x 105 CFU/mL hingga 1.31 x 106 CFU/mL. Berdasarkan analisis GC-MS, didapati komponen hidrokarbon di semua plot semakin berkurang dengan bertambahnya masa rawatan. Konsortia Dd-6 telah menguraikan hampir kesemua komponen hidrokarbon alifatik (C17 hingga C24) di sepanjang tempoh kajian. Kesimpulannya, konsortia Dd-6 berjaya mendegradasikan enapcemar diesel menggunakan teknik olah tanah dalam masa enam bulan. Ternyata penggunaan bakteria secara konsortia berupaya mendegradasikan pencemar hidrokarbon dengan lebih efektif serta mesra alam kerana kebolehannya menggunakan komponen tersebut.