Gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik tingkatan empat di daerah Tenom, Sabah

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik mengikut jantina pelajar. Kajian secara tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen bagi menguji hipotesis-hipotesis yang dikemukakan. Borang yang digunakan ialah Soal Selidik Gay...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Paulinia @ Lija Tanin
格式: Thesis
语言:英语
英语
出版: 2009
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43354/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43354/2/FULLTEXT..pdf
实物特征
总结:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik mengikut jantina pelajar. Kajian secara tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen bagi menguji hipotesis-hipotesis yang dikemukakan. Borang yang digunakan ialah Soal Selidik Gaya Pembelajaran yang diubahsuaikan oleh Joy Reid (1984) daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher Center, Wichita, Kansas. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains di lima buah Sekolah Menengah daerah Tenom, Sabah. Pengkaji telah menetapkan persampelan secara rawak sebagai kaedah pemilihan sampel. Seramai 100 pelajar Tingkatan Empat Aliran Sains di lima buah sekolah di daerah Tenom yang terdiri daripada 32 orang pelajar lelaki dan 68 orang pelajar perempuan diambil sebagai sampel kajian. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara berkomputer dengan menggunakan Statistical Package for Social Science Version 16.0 for Windows (SPSS). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Ujian-t (TTest) dan pekali korelasi Pearson. Analisa data mendapati bagi gaya pembelajaran auditori seramai 77 orang (77%) pelajar memilih sebagai gaya pembelajaran utama, diikuti dengan gaya berkumpulan iaitu seramai 70 orang (70 %), gaya kecekatan tangan iaitu seramai 57 orang (57 %), kinestatik seramai 55 orang (55 %), visual seramai 31 orang (31 %) dan akhir sekali bersendirian dengan jumlah pelajar hanya seramai 30 orang (30 %). Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi gaya pembelajaran utama mengikut jantina pelajar. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara semua gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.