Perubahan dan unjuran guna tanah Kota Kinabalu : 1998-2025

Pembangunan gunatanah merupakan salah satu aspek yang mempengaruhi bandar. Kemajuan sesebuah bandar berkait rapat dengan pembangunan yang dijalankan disesebuah kawasan. Perkembangan bandar yang pesat memerlukan satu plan perancangan yang rapi dilaksanakan sebelum membangunkan kawasan tersebut, denga...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Budirman Rudding
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43355/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43355/2/FULLTEXT.pdf
Description
Summary:Pembangunan gunatanah merupakan salah satu aspek yang mempengaruhi bandar. Kemajuan sesebuah bandar berkait rapat dengan pembangunan yang dijalankan disesebuah kawasan. Perkembangan bandar yang pesat memerlukan satu plan perancangan yang rapi dilaksanakan sebelum membangunkan kawasan tersebut, dengan tujuan bagi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul seperti serakan gunatanah bandar yang tidak terancang, masalah yang tidak terancang yang mana akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Dalam kajian ini terdapat dua objektif kajian yang perlu dicapai. Pertama mengenal pasti perubahan gunatanah Bandaraya Kata Kinabalu dan unjuran gunatanah pada masa akan datang. Justeru itu kajian ini, memfakuskan penggunaan sistem maklumat geografi dan cellular automata untuk melihat perkembangan pembangunan gunatanah. Kawasan kajian yang dipilihialah Bandaraya Kata Kinabalu. Maklumat data yang diperoleh dikumpul dan dijana dalam pangkalan data. Data dianalisis dengan menggunakan perisian ArcGIS 9.3 danperisian Idrisi. Hasilpenjanaan peta gunatanah serta peta unjuran gunatanah masa depan dapat membantu pihak perancang untuk mengenalpasti kawasan kesesuaian pembangunan. Hasil kajian perkembangan gunatanah yang diperoleh dapat memberikan rujukan dan bantuan maklumat berkaitan kesesuaian pembangunan. Kajian Ini dijangka dapat membantu pihak perancang membuat penilaian dan keputusan berdasarkan peta unjuran gunatanah masa hadapan yang dihasilkan.