Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012)

Skim penempatan yang diwujudkan di Semporna, Sabah merupakan salah satu langkah kerajaan dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat di luar bandar khususnya kawasan kepulauan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui perkembangan skim penempatan Pegagau, Lihak-Lihak dan SISS (Scheme Island Sempor...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Salbiah Buajan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/2/FULLTEXT.pdf
_version_ 1846217670243909632
author Salbiah Buajan
author_facet Salbiah Buajan
author_sort Salbiah Buajan
description Skim penempatan yang diwujudkan di Semporna, Sabah merupakan salah satu langkah kerajaan dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat di luar bandar khususnya kawasan kepulauan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui perkembangan skim penempatan Pegagau, Lihak-Lihak dan SISS (Scheme Island Semporna Settlement). Selain itu objektif lain ialah memahami corak pengurusan SLDB (Sabah Land Development Board) sebagai agensi utama di ketiga-tiga skim. Bagi menjalankan kajian ini pelbagai kaedah telah digunakan seperti rujukan sumber primer seperti Laporan Arkib Negeri Sabah, laporan agensi kerajaan dan akhbar. Bagi sumber sekunder pula, buku, majalah, jurnal dan juga laman sesawang. Manakala kaedah terakhir yang digunakan ialah temubual yang dilakukan dengan individu daripada agensi kerajaan, badan swasta dan juga penduduk setempat terutamanya peneroka. Berdasarkan sumber primer, sekunder dan temubual didapati kemunculan skim penempatan dipengaruhi oleh matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan masyarakat diluar bandar termasuklah mengurangkan kadar kemiskinan, memberikan kemudahan insfrastruktur dan juga menstrukturkan semula masyarakat ke tanah rancangan baru. Selain itu, kajian juga mendapati, pengurusan SLDB di ketiga-tiga tanah rancangan tidak konsisten kerana banyak dipengaruhi oleh kerajaan negeri Sabah, SLDB dan juga peneroka. Pada tahun 1969 sehingga tahun 1975, era terpimpin telah dilaksanakan namun berubah kepada Peneroka Berdikari Sendiri pada tahun 1976. Perubahan ini banyak dipengaruhi oleh SLDB yang menginginkan peneroka mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada agensi tersebut. Pada tahun 2002 pengurusan sekali lagi berubah kepada Sewa Pajak bagi meningkatkan lagi tanaman komersial di ketiga-tiga skim penempatan. Kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut telah mempengaruhi sosioekonomi peneroka terutamanya dalam aspek pendapatan, pekerjaan dan peluang perniagaan. Berdasarkan hasil kajian, penulisan ini penting dalam memahami perkembangan penduduk dalam skim penempatan dan juga corak pengurusan SLDB sebagai agensi pembangunan masyarakat luar bandar umumnya.
format Thesis
id oai:eprints.ums.edu.my:43385
institution Universiti Malaysia Sabah
language English
English
publishDate 2018
record_format eprints
spelling oai:eprints.ums.edu.my:433852025-04-07T04:15:49Z https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/ Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012) Salbiah Buajan HD1361-1395.5 Real estate business Skim penempatan yang diwujudkan di Semporna, Sabah merupakan salah satu langkah kerajaan dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat di luar bandar khususnya kawasan kepulauan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui perkembangan skim penempatan Pegagau, Lihak-Lihak dan SISS (Scheme Island Semporna Settlement). Selain itu objektif lain ialah memahami corak pengurusan SLDB (Sabah Land Development Board) sebagai agensi utama di ketiga-tiga skim. Bagi menjalankan kajian ini pelbagai kaedah telah digunakan seperti rujukan sumber primer seperti Laporan Arkib Negeri Sabah, laporan agensi kerajaan dan akhbar. Bagi sumber sekunder pula, buku, majalah, jurnal dan juga laman sesawang. Manakala kaedah terakhir yang digunakan ialah temubual yang dilakukan dengan individu daripada agensi kerajaan, badan swasta dan juga penduduk setempat terutamanya peneroka. Berdasarkan sumber primer, sekunder dan temubual didapati kemunculan skim penempatan dipengaruhi oleh matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan masyarakat diluar bandar termasuklah mengurangkan kadar kemiskinan, memberikan kemudahan insfrastruktur dan juga menstrukturkan semula masyarakat ke tanah rancangan baru. Selain itu, kajian juga mendapati, pengurusan SLDB di ketiga-tiga tanah rancangan tidak konsisten kerana banyak dipengaruhi oleh kerajaan negeri Sabah, SLDB dan juga peneroka. Pada tahun 1969 sehingga tahun 1975, era terpimpin telah dilaksanakan namun berubah kepada Peneroka Berdikari Sendiri pada tahun 1976. Perubahan ini banyak dipengaruhi oleh SLDB yang menginginkan peneroka mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada agensi tersebut. Pada tahun 2002 pengurusan sekali lagi berubah kepada Sewa Pajak bagi meningkatkan lagi tanaman komersial di ketiga-tiga skim penempatan. Kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut telah mempengaruhi sosioekonomi peneroka terutamanya dalam aspek pendapatan, pekerjaan dan peluang perniagaan. Berdasarkan hasil kajian, penulisan ini penting dalam memahami perkembangan penduduk dalam skim penempatan dan juga corak pengurusan SLDB sebagai agensi pembangunan masyarakat luar bandar umumnya. 2018 Thesis NonPeerReviewed text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/1/24%20PAGES.pdf text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/2/FULLTEXT.pdf Salbiah Buajan (2018) Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
spellingShingle HD1361-1395.5 Real estate business
Salbiah Buajan
Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012)
title Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012)
title_full Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012)
title_fullStr Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012)
title_full_unstemmed Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012)
title_short Sejarah skim penempatan di Semporna, Sabah (1969-2012)
title_sort sejarah skim penempatan di semporna sabah 1969 2012
topic HD1361-1395.5 Real estate business
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/2/FULLTEXT.pdf
url-record https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43385/
work_keys_str_mv AT salbiahbuajan sejarahskimpenempatandisempornasabah19692012