Hubungan amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah daerah Keningau

Amalan penyeliaan yang di amalkan di setiap sekolah adalah berbeza mengikut stail penyeliaan yang biasa dilaksanakan oleh pentadbir dan guru besar. Walaubagaimanapun setiap amalan penyeliaan ini memberi impaknya yang tersendiri ke atas efikasi kendiri seseorang guru. Oleh yang demikian, kajian ini b...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Aimi Farhana Sahanip
格式: Thesis
語言:英语
英语
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43659/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43659/2/FULLTEXT.pdf
實物特徵
總結:Amalan penyeliaan yang di amalkan di setiap sekolah adalah berbeza mengikut stail penyeliaan yang biasa dilaksanakan oleh pentadbir dan guru besar. Walaubagaimanapun setiap amalan penyeliaan ini memberi impaknya yang tersendiri ke atas efikasi kendiri seseorang guru. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah daerah Keningau. Seramai 300 orang responden terlibat dalam kajian ini. Data diperolehi melalui kaedah soal selidik. Hasil daripada analisis data yang menggunakan statistik deskriptif mendapati bahawa tahap amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di daerah Keningau adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu min = 4.12. Selain daripada itu, efikasi kendiri guru di daerah Keningau juga berada pada tahap yang tinggi dengan bacaan min = 7.11. Statistik inferensi (Korelasi Pearson) yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk membuktikan hubungan antara kedua-dua variabel ini. Dapatan utama kajian menunjukkan terdapat hubungan antara amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan efikasi kendiri guru di sekolah rendah daerah Keningau iaitu r = 0.286, p<0.01. Walaubagaimanapun hubungan ini berada pada tahap yang sangat lemah.