Hubungan sikap dengan penggunaan komputer di kalangan guru pendidikan islam di daerah Sandakan

Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap penggunaan komputer dan sikap guru Pendidikan Islam di Daerah Sandakan, Sabah. Bagi mencapai objektif kajian ini seramai 81 orang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah di Daerah Sandakan telah digunakan sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik diguna...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Roslan Diming
Format: Thèse
Langue:anglais
anglais
Publié: 2006
Sujets:
Accès en ligne:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43880/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43880/2/FULLTEXT..pdf
Description
Résumé:Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap penggunaan komputer dan sikap guru Pendidikan Islam di Daerah Sandakan, Sabah. Bagi mencapai objektif kajian ini seramai 81 orang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah di Daerah Sandakan telah digunakan sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Terdapat 38 item soal selidik yang terbahagi kepada bahagian A dan bahagian B. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Tahap penggunaan komputer dan sikap dianalisis menggunakan min dan peratus manakala hubungan sikap dengan penggunaan komputer dianalisis menggunakan korelasi Pearson. Penggunaan komputer dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan untuk pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan internet. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penggunaan komputer untuk tujuan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi manakala penggunaan internet adalah sederhana. Tahap sikap terhadap komputer dari segi kerisauan dan keseronokan adalah positif manakala dari segi keyakinan adalah sederhana. Tidak terdapat perbezaan dalam penggunaan komputer dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan internet antara guru bandar dan luar bandar. Analisa Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan antara sikap dengan penggunaan komputer di kalangan guru Pendidikan Islam di Daerah Sandakan.