Hubungan antara iklim organisasi dengan prestasi kerja guru sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang iklim organisasi dan hubungannya dengan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah daerah Keningau, Sabah. Instrumen yang digunakan ialah soal sefidik. Sampel dipilih menggunakan kaedah rawak berlapis. Seramai 225 daripada 432 orang gu...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Jaspha Anik
Format: Thèse
Langue:anglais
anglais
Publié: 2014
Sujets:
Accès en ligne:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44015/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44015/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44015/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang iklim organisasi dan hubungannya dengan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah daerah Keningau, Sabah. Instrumen yang digunakan ialah soal sefidik. Sampel dipilih menggunakan kaedah rawak berlapis. Seramai 225 daripada 432 orang guru di enam buah sekolah menengah daerah Keningau, Sabah telah menjadi responden. Data dianalisis dengan menggunakan "Statistical Package for Social Science" (SPSS) Versi 21.0. Kajian rintis melibatkan tiga puluh orang guru di salah sebuah sekolah menengah daerah Keningau telah dilaksanakan bagi menentukan konsistensi dalaman instrumen. Nilai alpha yang diperoleh ialah 0.93. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap prestasi kerja (r = 0.431, p = 0.000). Manakala setiap dimensi iklim organisasi juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap prestasi kerja. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman kerja dan jantina dengan iklim organisasi dan prestasi kerja. Kajian ini mencadangkan agar pihak yang terlibat dalam organisasi sekolah seperti Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta pentadbir-pentadbir sekolah supaya lebih peka kepada keperluan iklim organisasi yang kondusif dan selesa untuk guru-guru menjalankankan tugas mereka, khususnya yang melibatkan dimensi ganjaran, dimensi piawai prestasi dan juga dimensi sokongan. Pengiktirafan perlu diberi kepada guru berpengalaman serta mengamalkan prestasi kerja yang tinggi, agar ianya boleh dijadikan model serta ikutan kepada semua guru yang lain.