Hubungan keberkesanan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan ketua panitia di sekolah rendah daerah Papar

Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan Ketua Panitia d...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Fanny Anthony Johnwyn
Format: Thèse
Langue:anglais
anglais
Publié: 2014
Sujets:
Accès en ligne:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44016/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44016/2/FULLTEXT..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44016/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan Ketua Panitia di Daerah Papar.. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat ta hap perbezaan dan hubungan kepuasan kerja dengan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan Ketua Panitia itu .. Seramai 240 orang Ketua Panitia dari Sekolah Rendah di pilih sebagai responden kajian ini. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang telah diguna pakai oleh Mohd Anuar (2007) dan Zainorazlin (2001) dan diubahsuai mengikut kehendak pengkaji . Data-data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 22.0 for Windows. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja daam kalangan Ketua Panitia adalah tinggi. Analisis Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keberkesanan kerja berpasukan dan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia. Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan dan kepuasan kerja berpasukan di sekolah.