Ciri-ciri pengurus besar, strategi dan prestasi: Kajian di pertubuhan peladang kawasan Malaysia

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang menjadi faktor kritikal atau yang memberikan kesan pengaruh signifikan keatas prestasi PPK di malaysia; Melalui pengenalpastian ciri-ciri keperrbadian pengurus besar PPK yang dapat meramal strategi yang berkesan; Menentu...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Lahari Lasari
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
الإنجليزية
منشور في: 2010
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44566/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44566/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44566/
Abstract Abstract here
الوصف
الملخص:Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang menjadi faktor kritikal atau yang memberikan kesan pengaruh signifikan keatas prestasi PPK di malaysia; Melalui pengenalpastian ciri-ciri keperrbadian pengurus besar PPK yang dapat meramal strategi yang berkesan; Menentukan strategi yang dapat mempertingkatkan prestasi perniagaan PPK; Menentukan ciri­ciri pengurus besar yang dapat mempertingkatkan prestasi PPK dan juga menentukan peranan faktor-faktor dalaman serta luaran organisasi dalam memperkukuh hubungan diantara ciri-ciri pengurus besar, strategi dan prestasi PPK. Skop kajian meliputi 242 buah PPK diseluruh malaysia dan dalam penyelidikan ini hanya 41 peratus dari borang soalselidik yang dihantar kepada responden berjaya diperolehi semula. Analisis data yang digunakan dalam kajian termasuklah : Ujian kesahan (Validity) dan kebolehpercayaan (Reliability) ; Analisis statistik diskriptif, regresi linear berganda dan regresi berhirarki. Hasil kajin dari analisis yang dilakukan mendapati bahawa; pembolehubah ciri-ciri pengurus besar boleh menentukan strategi perniagaan yang berkesan dan juga menunjukkan kesan pengaruh yang signifikan terhadap prestasi PPK; manakala pembolehubah strategi yang dilaksanakan juga menunjukkan hubungan langsung yang signifikan dengan prestasi perniagaan PPK. Faktor luaran organisasi (persekitaran industri) dan faktor dalaman organisasi (budaya pengurusan) menjadi penyedarhana dan signifikan dalam hubungan di antara pembolehubah ciri-ciri pengurus besar dengan strategi yang dilaksanakan. Faktor dalaman organisasi (budaya pengurusan) juga didapati signifikan menjadi penyedarhana bagi hubungan diantara pembolehubah ciri-ciri pengurus besar dengan prestasi PPK. Penemuan kajian ini akan memberikan faedah dan input langsung kepada para pengurus besar PPK dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan kepada ahli dan perniagaan yang dijalankan. Temuan ini juga memberikan manfaat kepada LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dalam penentuan kreteria kerjaya sebagai pengurus besar dan dalam meningkatkan dayasaing perniagaan PPK.