Faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah

Kajian ini menunjukkan pembuktian terhadap faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Objektif kajian Ini adalah: a) Mengenalpasti faktor penentu pilihan mod pengangkutan sama ada pengangkutan awam dan persendirian ke tempat kerja di Kota Kinabalu; b)...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Mohd Fahmy Abdullah
フォーマット: 学位論文
言語:英語
英語
出版事項: 2008
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44909/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44909/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44909/
Abstract Abstract here
その他の書誌記述
要約:Kajian ini menunjukkan pembuktian terhadap faktor penentu pilihan mod pengangkutan ke tempat kerja di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Objektif kajian Ini adalah: a) Mengenalpasti faktor penentu pilihan mod pengangkutan sama ada pengangkutan awam dan persendirian ke tempat kerja di Kota Kinabalu; b) Mengetahui isu yang dibangkitkan oleh pekerja mengenai sistem pengangkutan yang digunakan di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini berpandukan kepada pengumpulan data daripada pelbagai kumpulan pekerja di kawasan Kota Kinabalu sama ada menggunakan pengangkutan awam ataupun pengangkutan persendirian. Jumlah responden yang terlibat adalah seramai 260 orang pekerja. Data kajian tersebut telah di analisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Keputusan yang diperolehi berdasarkan kepada logistik regresi (binary dependent variable) menunjukkan "kadar tambang" merupakan faktor pili han bagi pengangkutan awam. Manakala "ketepatan masa" pula merupakan faktor pilihan bagi pengangkutan persendirian. Manakala keputusan menunjukkan faktor "tujuan (kepelbagaian fungsi)", "jarak" dan "gaji (pendapatan)" merupakan faktor yang signifikan terhadap kedua-dua pengangkutan iaitu pengangkutan awam dan pengangkutan persendirian di bandar raya Kota Kinabalu, Sabah.