Kesan pembelajaran berasaskan web terhadap pemahaman konsep fotosintesis pelajar tingkatan dua dan sikap terhadap sains
Dalam kajian ini, kesan pembelajaran berasaskan web terhadap pemahaman konsep fotosintesis dan sikap terhadap sains diselidik. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan pelajar tingkatan Dua; 32 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 32 orang lagi dalam kumpulan kawalan. Ujian...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English |
| Published: |
2013
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45155/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45155/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45155/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Dalam kajian ini, kesan pembelajaran berasaskan web terhadap pemahaman konsep fotosintesis dan sikap terhadap sains diselidik. Kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen melibatkan pelajar tingkatan Dua; 32 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen dan 32 orang lagi dalam kumpulan kawalan. Ujian Pencapaian Fotosintesis (UPF) meliputi sepuluh soalan struktur dan Soal Selidik Sikap Terhadap Sains (STS) mengandungi 25 item merupakan alat pengumpulan data yang digunakan. Instrumen UPF dan STS dijalankan dalam bentuk ujian pra dan ujian pos. Analisis skor dua kumpulan dalam ujian pos dibandingkan dan satu perbezaan yang signifikan didapati yang berpihakkepada kumpulan rawatan. Dapatan turut menunjukkan pelajar daripada kumpulan rawatan lebih berjaya dalam mengubah miskonsepsi berbanding kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran topik-topik sains yang berkaitan dengan fotosintesis boleh diperbaiki dengan pembelajaran berasaskan web. |
|---|
