Hubungan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan ketua panitia bidang bahasa dan bidang kemanusiaan di sekolah menengah daerah Tawau

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan sekolah menengah Daerah Tawau, Sabah. Kajian ini melibatkan 115 orang Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan. Kesemua responden tel...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Norzaidah Musappa
フォーマット: 学位論文
言語:英語
英語
出版事項: 2013
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45161/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45161/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45161/
Abstract Abstract here
その他の書誌記述
要約:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan kerja berpasukan dengan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan sekolah menengah Daerah Tawau, Sabah. Kajian ini melibatkan 115 orang Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan. Kesemua responden telah dijadikan sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik berstruktur. Data yang telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Version 17.0). Berdasarkan analisis deskriptif, didapati bahawa Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan sekolah menengah mempunyai sikap yang positif terhadap kepuasan kerja dalam pasukan. Kerja berpasukan di kalangan Ketua Panitia juga didapati berada pada tahap yang tinggi. Analisis Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja Ketua Panitia mengikut bidang dan berdasarkan jantina Ketua Panitia. Analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan kepuasan kerja Ketua Panitia mengikut Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan berdasarkan tempoh pengalaman mengajar. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah dalam dimensi kerja berpasukan (kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi yang berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan, penyelesaian masalah, tanggungjawab yang jelas dan hubungan interpersonal) dengan kepuasan kerja dalam kalangan Ketua Panitia Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan.