Stail kepimpinan pengetua dan suasana kerja guru di sekolah menengah daerah Keningau

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti stail kepimpinan pengetua yang paling dominan serta hubungannya dengan suasana kerja guru di sekolah menengah daerah Keningau. Stail kepimpinan yang dikaji ialah Produdion Emphasis dan thrust manakala suasana kerja akan ditentukan samada mesra atau disengagem...

पूर्ण विवरण

ग्रंथसूची विवरण
मुख्य लेखक: Jeffrey Warimin
स्वरूप: थीसिस
भाषा:अंग्रेज़ी
अंग्रेज़ी
प्रकाशित: 2004
विषय:
ऑनलाइन पहुंच:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45222/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45222/2/FULLTEXT.pdf
विवरण
सारांश:Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti stail kepimpinan pengetua yang paling dominan serta hubungannya dengan suasana kerja guru di sekolah menengah daerah Keningau. Stail kepimpinan yang dikaji ialah Produdion Emphasis dan thrust manakala suasana kerja akan ditentukan samada mesra atau disengagement Bagi memenuhi matlamat ini data dikumpulkan melalui soal selidik berasaskan Organizattional Climate Description Questionnaire (OCDQ)'yang telah diubahsuai dan diedarkan kepada 205 orang guru di lima buah sekolah menengah. Analisis statistik deskriptif, ujian t, ujian ANOVA Sehala serta analisis Pekali Korelasi Pearson r tel ah digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa stail kepimpinan paling dominan yang diamalkan oleh pengetua ialah stail kepimpinan thrust (61.5%) berbanding production emphasis (38.5%). Manakala suasana kerja secara umumnya mesra (intimac/J (56.6%) namun suasana negatif iaitu disengagement masih wujud (43.4%). Ujian t dan ujian ANOVA Sehala mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan berkenaan stail kepimpinan pengetua dan suasana kerja berdasarkan jantina. Stail kepimpinan pengetua juga tidak berbeza secara signifikan berdasarkan faktor umur tetapi signifikan dari segi suasana kerja. Ujian korelasi turut mendapati suasana kerja guru mempunyai hubungan stail kepimpinan pengetua. Dapatan ini diharap dapat membantu penggubal-penggubal dasar, perancang­perancang program, Pengetua-pengtua sekolah dan para penyelidik ke arah meningkatkan dan memantapkan lagi program profesionalisme kepimpinan sekolah.