Sikap guru pelatih terhadap pementoran di sebuah maktab perguruan di Sabah sewaktu menjalani latihan mengajar pada semester enam

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sikap guru-guru pelatih semester enam (akhir) terhadap proses pementoran yang mereka lalui sewaktu latihan mengajar. Aspek pementoran yang disentuh dalam kajian ini termasuklah peranan-peranan yang dimainkan oleh mentor, hubungan mentor-mentee sewaktu pemen...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Othman Leon
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
الإنجليزية
منشور في: 2004
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45263/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45263/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45263/
Abstract Abstract here
الوصف
الملخص:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sikap guru-guru pelatih semester enam (akhir) terhadap proses pementoran yang mereka lalui sewaktu latihan mengajar. Aspek pementoran yang disentuh dalam kajian ini termasuklah peranan-peranan yang dimainkan oleh mentor, hubungan mentor-mentee sewaktu pementoran dan kualitikualiti yang seharusnya dimiliki oleh setiap mentor. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang telah menjalani praktikum mereka selama empat belas minggu. Kajian ini berlandaskan kepada perspektif teori pembelajaran Vygotsky iaitu Zan Perkembangan Proksimal, dan Teori Perantisan Kognitif yang berkaitan dengan pembelajaran dan interaksi. Kajian ini juga berlandaskan premis bahawa bagi mempastikan mentor dan mentee mendapat manfaat yang maksimum hasil dari proses pementoran ini, gabungan model-model pementoran iaitu Model Perantisan, Model Kompetensi dan Model Reflektif adalah perlu. Empat persoalan kajian telah dikemukakan bagi tujuan kajian ini dan instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data iaitu soal selidik dan temuduga berstruktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS manakala untuk data kualitatif, senarai atribut yang telah dikenal pasti terlebih awal digunakan. Hasil kajian ini mendapati bahawa kebanyakan guru pelatih sama ada sangat bersetuju atau setuju bahawa pelbagai peranan yang telah dimainkan oleh mentor telah membantu mereka dalam perkembangan dan kemajuan diri dari segi profesional, bahawa hubungan mentor-mentee yang baik adalah penting bagi kejayaan pementoran, dan juga sepuluh kualiti mentor yang dinyatakan telah banyak membantu guru-guru pelatih berkembang secara profesional dan personal. Kesimpulannya, guru-guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap proses pementoran kerana pementoran telah dapat meningkatkan potensi diri guru-guru pelatih dari aspek profesional dan personal. Dapatan kajian ini mungkin boleh digunakan di maktab-maktab perguruan lain di Malaysia.