Sikap guru terhadap komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah menengah zon Sri Tanjung Tawau, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap, perbezaan serta hubungan pembolehubah bebas demografi di kalangan guru-guru di sekolah menengah Zon Sri Tanjung, Tawau, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 169 orang guru biasa. Instrumen Computer Attitude Scale (CAS) yang direka oleh Loyd dan Gressa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Sandy Kariki @ Gerald
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45274/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45274/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45274/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sikap, perbezaan serta hubungan pembolehubah bebas demografi di kalangan guru-guru di sekolah menengah Zon Sri Tanjung, Tawau, Sabah. Sampel kajian terdiri daripada 169 orang guru biasa. Instrumen Computer Attitude Scale (CAS) yang direka oleh Loyd dan Gressard (1984a) digunakan untuk mengukur sikap guru terhadap komputer. Penganalisisan data kajian untuk mengenalpasti sikap guru terhadap komputer dilakukan secara deskriptif manakala Ujian-t dan ANOVA digunakan untuk mengenalpasti perbezaan antara pembolehubah-pembolehubah bebas dengan sikap terhadap komputer. Ujian Korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan antara pembolehubah bebas dengan subskala sikap. Dapatan kajian menunjukkan sikap yang positif terhadap komputer terutama pada aspek kepentingan komputer (min=3.28). Sementara itu dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara berlainan jantina, opsyen mata pelajaran yang diajar, dan pengalaman mengajar dengan sikap guru. Kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara umur dengan semua subskala sikap terhadap komputer. Manakala didapati wujud hubungan yang signifikan antara pengalaman menggunakan komputer dan pengetahuan tentang komputer dengan sikap guru terhadap komputer.