Penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau

Kajian ini adalah melihat tahap penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau. Responden kajian ini adalah seramai 90 orang guru siswazah dan bukan siswazah yang menggunakan laptop sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembe...

पूर्ण विवरण

ग्रंथसूची विवरण
मुख्य लेखक: Raymie A. Bakar
स्वरूप: थीसिस
भाषा:अंग्रेज़ी
अंग्रेज़ी
प्रकाशित: 2006
विषय:
ऑनलाइन पहुंच:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45289/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45289/2/FULLTEXT.pdf
विवरण
सारांश:Kajian ini adalah melihat tahap penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Keningau. Responden kajian ini adalah seramai 90 orang guru siswazah dan bukan siswazah yang menggunakan laptop sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sampel yang digunakan juga merangkumi populasi kajian dan diambil daripada kesemua sembilan buah sekolah menengah di daerah Keningau. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah kajian adalah menggunakan satu set soal selidik. Teknik analisis deskriptif, ujian- t, ANOVA dan MS Excel digunakan bagi menganalisis data melalui perisian SPSS 10.0. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan tahap yang tinggi dalam penggunaan laptop di kalangan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dapatan tentang tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran dengan bidang mata pelajaran yang diajar, kelulusan akademik dan jantina. Sementara itu terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran dengan umur di kalangan gµru­guru.