Pengurusan strategik di kalangan pengurus-pengurus sekolah menengah agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kefahaman pentadbir sekolah menengah agama di Sabah terhadap visi, misi dan objektif sekolah. Selain itu juga ingin mengenal pasti analisis dalaman dan luaran di sekolah menengah agama di Sabah. Seramai 31 pihak pengurus daripada 4 buah sekolah telah meng...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ag Omar Gana
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45331/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45331/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45331/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kefahaman pentadbir sekolah menengah agama di Sabah terhadap visi, misi dan objektif sekolah. Selain itu juga ingin mengenal pasti analisis dalaman dan luaran di sekolah menengah agama di Sabah. Seramai 31 pihak pengurus daripada 4 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Kaedah kajian adalah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menunjukkan bahawa keadaan prasarana di sekolah menengah agama berada pada tahap rendah terutama tandas, star, dewan, pusat sumber, bilik komuter, peralatan sukan, makmal dan padang sekolah. Kefahaman para pengurus sekolah terhadap isi kandungan visi dan misi adalah sederhana iaitu (min=3.35, sp=.64). Kefahaman terhadap objektif ialah (min=3.63, sp=.45). Dalam analisis dalaman yang menunjukkan kekuatan dan kelemahan menunjukkan latar belakang pelajar (min=3.8O, sp= .47), latarbelakang guru (min=3.64, sp=.47), pencapaian ko kurikulum (min=3.49, sp=.73), aspek kriteria guru (min=3.47, sp=.45), pentadbir dan kepimpinan (min=3.46, sp=.62) pencapaian akademik (min=3.30, sp=.40) adalah pada tahap tinggi, sementara pengurusan kewangan (min=3.23, sp=.53), dan prasarana sekolah (min=2.84, sp=.69) adalah pada tahap rendah. Dalam analisis luaran dapatan kajian menunjukkan PIBG dan komuniti setempat adalah kurang membantu dengan (min=2.64, sp= .63) adalah pada tahap yang rendah. Hasil dapatan juga menunjukkan wujud hubungan positi yang kuat antara visi, misi dan objektif sekolah dengan analisis dalaman sekolah (r-=.801, p= .000), visi, misi dan objektif sekolah dengan analisis luaran (r-=.620).