Hubungan salah laku pelajar dan pencapaian mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah menengah

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara salah laku (delinkuen) pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Jenis salah laku adalah berdasarkan kepada 8 jenis salah laku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen pencapaian adalah berdasarkan k...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Azizah Hussin
フォーマット: 学位論文
言語:英語
英語
出版事項: 2005
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45345/2/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45345/1/FULLTEXT.pdf
その他の書誌記述
要約:Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara salah laku (delinkuen) pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Jenis salah laku adalah berdasarkan kepada 8 jenis salah laku yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen pencapaian adalah berdasarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2004. Manakala instrumen salah laku adalah borang soal selidik. Seramai 200 sampel dipilih secara rawak bertujuan, iaitu di mana sampel yang dipilih adalah mempunyai rekod salah laku di sekolah masing-masing. Empat buah sekolah kajian telah dipilih terdiri dari dua buah sekolah beraliran agama dan dua buah sekolah beraliran biasa. Ujian Alpha Cronbach dijalankan untuk menentukan kebolehpercayaan setiap item. Hasilnya semua item mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.9001. Dapatan diproses secara deskriptif dengan menggunakan korelasi Pearson dan Ujian-t. Hipotesis nol yang pertama berkaitan hubungan salah laku pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara salah laku pelajar dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam. Penglibatan salah laku pelajar berdasarkan jantina dan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan jantina, kedua-duanya tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Salah laku pelajar di sekolah menengah aliran agama dan sekolah menengah aliran biasa mempunyai perbezaan yang signifikan. Begitu juga dengan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam di kedua-dua jenis sekolah mempunyai perbezaan yang signifikan. Dapatan yang terakhir menunjukkan terdapat perbezaan jenis salah laku yang kerap dilakukan oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah beraliran agama dan sekolah menengah beraliran biasa.