Pencapaian lisan murid tahun satu melalui program transisi

Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian lisan murid tahun satu dengan membandingkan pencapaian lisan sebelum dan selepas mengikuti program Transisi. Data kajian adalah data primer yang diperolehi melalui ujian lisan dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Haimin Dusilin
格式: Thesis
语言:英语
英语
出版: 2006
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45357/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45357/2/FULLTEXT.pdf
实物特征
总结:Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap pencapaian lisan murid tahun satu dengan membandingkan pencapaian lisan sebelum dan selepas mengikuti program Transisi. Data kajian adalah data primer yang diperolehi melalui ujian lisan dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratus untuk mengukur tahap kemahiran lisan murid. Sampel kajian daripada satu kumpulan murid seramai 40 orang yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau, Sabah. Instrumen kajian adalah berbentuk ujian iaitu ujian 1 dan ujian 2 menggunakan soalan-soalan daripada modul kemahiran lisan. Hasil dapatan kajian ini, didapati tahap pencapaian murid dalam aspek kemahiran lisan adalah masih di tahap lemah iaitu min ujian sebelum menjalani program transisi ialah 0.1 dan min ujian selepas menjalani program transisi adalah 1.1. Walaupun pencapaian masih berada dalam tahap yang lemah tetapi masih boleh dipertingkatkan secara beransur-ansur. Adalah diharapkan kajian lanjutan dapat dijalankan berkaitan dengan pencapaian kemahiran lisan dalam kalangan murid pada masa akan datang.