Iklim sekolah di sekolah-sekolah menengah daerah gabungan Kota Belud dan kaitannya dengan prestasi kerja guru

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komponen iklim sekolah dan kaitannya dengan prestasi kerja guru di daerah Gabungan Kota Belud, Sabah. Terdapat empat komponen iklim sekolah yang dikenal pasti dalam kajian ini, iaitu komponen sosial, budaya ilmu pengetahuan, komunikasi, dan fizikal. Se...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: Muhammad Rusdi Ab Majid
フォーマット: 学位論文
言語:英語
英語
出版事項: 2006
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45381/1/24%20PAGES..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45381/2/FULLTEXT..pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45381/
Abstract Abstract here
その他の書誌記述
要約:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komponen iklim sekolah dan kaitannya dengan prestasi kerja guru di daerah Gabungan Kota Belud, Sabah. Terdapat empat komponen iklim sekolah yang dikenal pasti dalam kajian ini, iaitu komponen sosial, budaya ilmu pengetahuan, komunikasi, dan fizikal. Seramai 148 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah dibina bagi kajian ini. Analisis data kajian menggunakan kaedah min, peratusan, kekerapan, dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tahap iklim sekolah yang berbeza di setiap sekolah dalam Daerah Gabungan Kota Belud, Sabah, iaitu iklim sekolah terbuka dan sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada iklim sekolah tertutup bagi keempat-empat komponen iklim sekolah tersebut. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara komponen iklim sekolah — iaitu sosial, budaya ilmu pengetahuan, komunikasi, dan fizikal — dengan prestasi kerja guru. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara komponen-komponen iklim sekolah dalam kajian yang dilakukan di sekolah-sekolah menengah di Daerah Gabungan Kota Belud, Sabah.