Tahap penglibatan guru dalam proses membuat keputusan dari aspek pengurusan dan pengajaran di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Beaufort, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru terhadap tahap penglibatan mereka dalam proses membuat keputusan dari aspek pengurusan dan pengajaran di sekolah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan dan hubungan antara tahap penglibatan dengan latar belakang responden, yang terdiri d...
| मुख्य लेखक: | |
|---|---|
| स्वरूप: | थीसिस |
| भाषा: | अंग्रेज़ी अंग्रेज़ी |
| प्रकाशित: |
2006
|
| विषय: | |
| ऑनलाइन पहुंच: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45394/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45394/2/FULLTEXT.pdf |
| सारांश: | Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru-guru terhadap tahap penglibatan mereka dalam proses membuat keputusan dari aspek pengurusan dan pengajaran di sekolah. Kajian ini juga ingin mengenal pasti perbezaan dan hubungan antara tahap penglibatan dengan latar belakang responden, yang terdiri daripada jantina, kelayakan akademik, kategori perkhidmatan, umur, pengalaman mengajar dan jawatan khas di sekolah. Aspek pengurusan yang dikaji ialah pengurusan kakitangan, pengurusan kewangan dan pengurusan hal ehwal murid. Seramai 168 orang guru dari tujuh buah sekolah menengah dalam daerah Beaufort, Sabah telah dipilih secara rawak berlapis sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dan inferensi dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diubahsuai. Data yang diperolehi dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS versi 12.0. Dapatan kajian telah dilaporkan dalam dua bentuk analisis. Analisis deskriptif melibatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula melibatkan ujian-t, korelasi pangkat Spearman dan ujian ANOVA Sehala. Kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang guru di Sek. Men. Keb. Membakut, Beaufort, di mana mereka im tidak terlibat dalam kajian sebenar. Kajian rintis tersebut menunjukkan nilai Alpha Cronbach yang sederhana iaitu 0.680. Hasil dapatan kajian sebenar mendapati terdapat perbezaan tahap penglibatan guru dalam setiap aspek yang dikaji. Aspek pengurusan kakitangan menunjukkan tahap penglibatan yang rendah (min=1.80), tahap penglibatan dalam pengurusan kewangan juga rendah (min= 1. 95), manakala tahap penglibatan dalam pengurusan hal ehwal murid sederhana (min=2.40). Aspek pengajaran pula menunjukkan tahap penglibatan yang tinggi dengan min purata 3.49. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap penglibatan mengikut jantina, dan juga kategori perkhidmatan. Melalui analisis korelasi pangkat Spearman, didapati tidak wujud hubungan antara tahap penglibatan dengan kelayakan akademik, tetapi sebaliknya dengan pengalaman mengajar. Akhir sekali, menerusi analisis ujain ANOVA Sehala, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap penglibatan mengikut umur dan jawatan khas di sekolah. |
|---|