Hubungan antara kecerdasan emosi dengan personaliti dan gaya kepimpinan dalam kalangan penolong-penolong kanan sekolah menengah Zon Kota Kinabalu
Kepimpinan memainkan peranan penting di dalam pengajian organisasi dan juga merupakan elemen penting dalam membentuk keberkesanan dan kejayaan organisasi. Kajian-kajian terdahulu mencadangkan bahawa pemimpin yang berkesan memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Malah ada pendapat mengatakan bah...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English |
| Published: |
2007
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45399/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45399/2/FULLTEXT.pdf |
| Summary: | Kepimpinan memainkan peranan penting di dalam pengajian organisasi dan juga merupakan elemen penting dalam membentuk keberkesanan dan kejayaan organisasi. Kajian-kajian terdahulu mencadangkan bahawa pemimpin yang berkesan memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Malah ada pendapat mengatakan bahawa kecerdasan emosi juga jauh lebih penting daripada kepintaran kognitif. Kecerdasan emosi merupakan komponen kritikal bagi kepimpinan berkesan di mana ia merupakan kunci kejayaan dan penentu kritikal prestasi dalam kerjaya seorang pemimpin. Kecerdasan emosi merupakan kepintaran sosial yang merujuk kepada kebolehan individu untuk menanggap, memproses, memahami, dan mengurus emosi dalam diri sendiri serta orang lain yang membantu pemikiran dan tindakan seseorang. Selain daripada kecerdasan emosi, personaliti juga didapati mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan seorang pemimpin. Saiz sampel yang seramai 56 guru-guru kanan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Model kajian adalah berdasarkan pernyataan bahawa kecerdasan emosi menentukan keputusan dan tindakan, dan seterusnya menentukan gaya kepimpinan. Model kepimpinan Hay/McBer oleh Goleman (2000b) terdiri daripada enam gaya kepimpinan telah digunakan dalam kajian ini, iaitu gaya kepimpinan cara paksa, autoritatif, affliatif, demokratik, pacesetting dan melatih. Banyak kajian terdahulu mendapati bahawa kecerdasan emosi merupakan penentu terpenting untuk menjadi pemimpin berkesan namun tidak demikian dalam kajian ini kerana didapati personaliti juga merupakan faktor dalam keberkesanan kepimpinan. Hasil kajian ini mendapati bahawa personaliti introvert mempunyai hubungan signifikan dengan kecerdasan emosi pada nilai 0.038 iaitu wujud hubungan antara personaliti introvert dengan kecerdasan emosi dimensi motivasi dan empati pada aras 0.019 dan 0.018. Personaliti ekstrovert mempunyai hubungan signifikan pada aras 0.000 dengan gaya kepimpinan. Kecerdasan emosi pula tidak mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan iaitu pada nilai 0.352 melebihi aras signifikan 0.05. Dapatan kajian ini bukan sahaja bermanfaat kepada pentadbiran organisasi sekolah secara teori dan praktis tetapi membantu untuk mengenal pasti gaya kepimpinan, tahap EQ dan kecenderungan personaliti bagi mempertingkatkan kualiti kepimpinan. |
|---|