Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah

Secara umum kajian deskriftif ini adalah untuk mengkaji aspek kecerdasan emosi dalam gaya kepimpinan guru-guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dalam kalangan guru disiplin, mengenal pasti gaya kepimpinan guru-guru...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Suhaipin Lasim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/1/24%20pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/2/FULLTEXT..pdf
_version_ 1846217831083933696
author Suhaipin Lasim
author_facet Suhaipin Lasim
author_sort Suhaipin Lasim
description Secara umum kajian deskriftif ini adalah untuk mengkaji aspek kecerdasan emosi dalam gaya kepimpinan guru-guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dalam kalangan guru disiplin, mengenal pasti gaya kepimpinan guru-guru disiplin, dan mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi (EQ) dengan enam gaya kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah' Ranau. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau yang melibatkan semua populasi. Penggunaan keseluruhan populasi sebagai subjek kajian membolehkan penyelidik memperoleh keputusan yang tepat. Instrumen utama untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah kaedah seal selidik. Terdapat tiga bahagian yang dijawab oleh responden iaitu bahagian A (demografi umur dan jantina), bahagian B (mengukur kecerdasan emosi), dan bahagian C (mengukur gaya kepimpinan). Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Packages For The Social Science (SPSS 13.0 for Windows) dan Microsoft Excel. Kerangka teori yang dibina berasaskan kepada pernyataan bahawa kecerdasan emosi mempengaruhi pemikiran, keputusan dan tindakan dalam kepimpinan seseorang. Model Kepimpinan Hay/McBer oleh Goleman (2000), yang mengemukakan enam gaya kepimpinan telah digunakan. Sebanyak 52 orang guru disiplin daripada 10 buah sekolah menengah dipilih sebagai responden kajian. Bagaimanapun hanya 48 orang yang terdiri daripada guru-guru disiplin sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Dalam aspek jantina, sebanyak 26 orang (54.2%) adalah terdiri daripada guru disiplin lelaki dan 22 orang (45.8%) adalah guru-guru disiplin wanita. Dari segi umur, 24 tahun adalah umur minimum, dan 48 tahun merupakan umur maksimum dengan min keseluruhan 35.02. Dalam kajian ini, jenis perkaitan yang dikaji ialah skor tahap kecerdasan emosi (EQ) responden, dan min enam gaya kepimpinan . Dapatan hipotesis 1 kajian ini, menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan paksaan guru-guru disiplin (r=0.289, p=0.047). Keputusan hipotesis 2 adalah diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan kuasa dalam kalangan guru­guru disiplin (r=0.145, p=0.327). Hipotesis 3 adalah ditolak iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan afiliasi iaitu (r=0.315, p=0.029). Hipotesis 4 adalah diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan demokrasi iaitu (r=190, p=0.195). Hipotesis 5 adalah ditolak iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan memandu iaitu (r=0.425, p=0.003), dan hipotesis 6 adalah diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan melatih iaitu (r=0.223, p=0.127). Berdasarkan keputusan kajian ini, walaupun guru-guru disiplin di daerah Ranau mengamalkan gaya kepimpinan kuasa dan paksaan semasa menangani masalah disiplin yang berlaku di sekolah, tetapi tahap kecerdasan emosi mereka semasa mengamalkan gaya kepimpinan berkenaan masih berada keadaan normal dan terkawal. Keadaan tersebut amat bertepatan dengan pendapat Abraham, (1999) yang menyatakan bahawa pengetahuan emosi amat perlu untuk menyelesaikan masalah.
format Thesis
id oai:eprints.ums.edu.my:45406
institution Universiti Malaysia Sabah
language English
English
publishDate 2007
record_format eprints
spelling oai:eprints.ums.edu.my:454062025-10-10T09:05:59Z https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/ Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah Suhaipin Lasim LB1050.9-1091 Educational psychology Secara umum kajian deskriftif ini adalah untuk mengkaji aspek kecerdasan emosi dalam gaya kepimpinan guru-guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dalam kalangan guru disiplin, mengenal pasti gaya kepimpinan guru-guru disiplin, dan mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi (EQ) dengan enam gaya kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah' Ranau. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau yang melibatkan semua populasi. Penggunaan keseluruhan populasi sebagai subjek kajian membolehkan penyelidik memperoleh keputusan yang tepat. Instrumen utama untuk mendapatkan data dalam kajian ini ialah kaedah seal selidik. Terdapat tiga bahagian yang dijawab oleh responden iaitu bahagian A (demografi umur dan jantina), bahagian B (mengukur kecerdasan emosi), dan bahagian C (mengukur gaya kepimpinan). Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Packages For The Social Science (SPSS 13.0 for Windows) dan Microsoft Excel. Kerangka teori yang dibina berasaskan kepada pernyataan bahawa kecerdasan emosi mempengaruhi pemikiran, keputusan dan tindakan dalam kepimpinan seseorang. Model Kepimpinan Hay/McBer oleh Goleman (2000), yang mengemukakan enam gaya kepimpinan telah digunakan. Sebanyak 52 orang guru disiplin daripada 10 buah sekolah menengah dipilih sebagai responden kajian. Bagaimanapun hanya 48 orang yang terdiri daripada guru-guru disiplin sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Dalam aspek jantina, sebanyak 26 orang (54.2%) adalah terdiri daripada guru disiplin lelaki dan 22 orang (45.8%) adalah guru-guru disiplin wanita. Dari segi umur, 24 tahun adalah umur minimum, dan 48 tahun merupakan umur maksimum dengan min keseluruhan 35.02. Dalam kajian ini, jenis perkaitan yang dikaji ialah skor tahap kecerdasan emosi (EQ) responden, dan min enam gaya kepimpinan . Dapatan hipotesis 1 kajian ini, menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan paksaan guru-guru disiplin (r=0.289, p=0.047). Keputusan hipotesis 2 adalah diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan kuasa dalam kalangan guru­guru disiplin (r=0.145, p=0.327). Hipotesis 3 adalah ditolak iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan afiliasi iaitu (r=0.315, p=0.029). Hipotesis 4 adalah diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan demokrasi iaitu (r=190, p=0.195). Hipotesis 5 adalah ditolak iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan memandu iaitu (r=0.425, p=0.003), dan hipotesis 6 adalah diterima iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan antara EQ dengan gaya kepimpinan melatih iaitu (r=0.223, p=0.127). Berdasarkan keputusan kajian ini, walaupun guru-guru disiplin di daerah Ranau mengamalkan gaya kepimpinan kuasa dan paksaan semasa menangani masalah disiplin yang berlaku di sekolah, tetapi tahap kecerdasan emosi mereka semasa mengamalkan gaya kepimpinan berkenaan masih berada keadaan normal dan terkawal. Keadaan tersebut amat bertepatan dengan pendapat Abraham, (1999) yang menyatakan bahawa pengetahuan emosi amat perlu untuk menyelesaikan masalah. 2007 Thesis NonPeerReviewed text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/1/24%20pages.pdf text en https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/2/FULLTEXT..pdf Suhaipin Lasim (2007) Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
spellingShingle LB1050.9-1091 Educational psychology
Suhaipin Lasim
Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah
title Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah
title_full Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah
title_fullStr Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah
title_full_unstemmed Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah
title_short Hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah Ranau, Sabah
title_sort hubungan kecerdasan emosi dengan kepimpinan guru disiplin sekolah menengah di daerah ranau sabah
topic LB1050.9-1091 Educational psychology
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/1/24%20pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/2/FULLTEXT..pdf
url-record https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45406/
work_keys_str_mv AT suhaipinlasim hubungankecerdasanemosidengankepimpinangurudisiplinsekolahmenengahdidaerahranausabah