Kepimpinan transformasi ketua bidang sains dan matematik dan penggunaan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru PPSMI
Kajian ini meninjau kepimpinan transformasi ketua bidang Sains dan Matematik dan penggunaan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru PPSMI. Kepimpinan transformasi dilihat dari segi keunggulan gelagat, motivasi yang berinspirasi, merangsang secara intelek, dan pertimbangan...
| Auteur principal: | |
|---|---|
| Format: | Thèse |
| Langue: | anglais anglais |
| Publié: |
2007
|
| Sujets: | |
| Accès en ligne: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45414/1/24%20PAGES..pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45414/2/FULLTEXT..pdf |
| Résumé: | Kajian ini meninjau kepimpinan transformasi ketua bidang Sains dan Matematik dan penggunaan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru PPSMI. Kepimpinan transformasi dilihat dari segi keunggulan gelagat, motivasi yang berinspirasi, merangsang secara intelek, dan pertimbangan kepada setiap individu dari persepsi guru-guru PPSMI. Penggunaan ICT sebagai alat pengajaran pula dilihat dari segi alat aplikasi, alat aktiviti, alat komunikasi, alat penerokaan, dan alat multimedia. Kajian dilakukan melalui kaedah soal selidik terhadap 118 orang guru PPSMI di sekolah menengah daerah Sandakan. Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan iaitu dengan mengambil guru PPSMI yang telah berkhidmat sekurangkurangnya satu tahun di bawah ketua bidang Sains dan Matematik sekolah berkenaan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS for mndows version 12.0. Statistik deskriptif seperti peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk membuat bacaan, tafsiran serta menghuraikan keputusan kaj_ian manakala statistik inferensi seperti korelasi Pearson-r digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Keputusan kajian mendapati kepimpinan transformasi ketua • bidang Sains dan Matematik adalah tinggi. (min 3.06). Penggunaan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru PPSMI pula adalah sederhana. (min = 2.26). Dimensi pertimbangan kepada setiap individu dalam kepimpinan transformasi didapati mempunyai hubungan sangat lemah dengan penggunaan ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. (r = 0.186). Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah keupayaan ICT ketua bidang Sains dan Matematik dan keperluan latihan setiap guru PPSMI. |
|---|