Pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat di sekolah menengah di daerah Tawau

Kajian ini bertujuan untuk : 1) Menentukan sama ada wujud perbezaan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan taraf akademik dalam kalangan guru-guru, 2) Menentukan sama ada wujud hubungan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat denga...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Mohd Hussin Musa
Format: Thèse
Langue:anglais
anglais
Publié: 2008
Sujets:
Accès en ligne:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45653/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45653/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45653/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Kajian ini bertujuan untuk : 1) Menentukan sama ada wujud perbezaan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan taraf akademik dalam kalangan guru-guru, 2) Menentukan sama ada wujud hubungan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat dengan keberkesanan mesyuarat, dan 3) Menentukan pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat. Seramai 173 sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen kajian diubah suai dan diadaptasi daripada instrumen pengurusan mesyuarat oleh pengetua yang direkabentuk oleh Hayadi (1997). Pengumpulan data kajian dilakukan menggunakan instrumen soal selidik. Dalam melakukan pengujian hipotesis kajian, Ujian t, ANOVA sehala, korelasi Pearson's r dan regresi pelbagai digunakan. Kaedah statistik seperti frekuensi, peratusan dan min turut digunakan dalam kajian ini. Aras signifikan untuk menguji hipotesis ialah 5% atau p<0.05. Keputusan kajian menunjukkan bahawa : 1) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan jantina guru, 2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan pengalaman mengajar guru, 3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi terhadap keberkesanan mesyuarat berdasarkan taraf akademik guru, 4) Terdapat hubungan yang signifikan antara perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat, dan 5), Terdapat pengaruh perancangan, pelaksanaan dan penilaian mesyuarat terhadap keberkesanan mesyuarat. Dicadangkan pihak sekolah membuat penilaian dalam proses penambahbaikan pengurusan mesyuarat agar ia menjadi suatu titik permulaan dalam merangka dan merancang program sekolah dengan lebih berkesan.