Hubungan faktor kepuasan kerja dengan komitmen terhadap organisasi sekolah di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar, Sabah

Kajian ini diadakan bagi mengenalpasti faktor-faktor kepuasan kerja yang mempengaruhi komitmen terhadap organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti a) hubungan antara ganjaran kepuasan kerja intrinsik dan ekstrinsik dengan komitmen...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nor Hafizah Ahmad
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45656/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45656/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45656/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kajian ini diadakan bagi mengenalpasti faktor-faktor kepuasan kerja yang mempengaruhi komitmen terhadap organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti a) hubungan antara ganjaran kepuasan kerja intrinsik dan ekstrinsik dengan komitmen terhadap organisasi, b) perbezaan komitmen terhadap organisasi berdasarkan faktor demografi dan c) pengaruh pembolehubah tidak bersandar terhadap komitmen terhadap organisasi. Seramai 136 orang guru dari tiga buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Mereka adalah terdiri daripada dua kategori perkhidmatan iaitu guru-guru siswazah dan bukan siswazah. Set soal selidik mengandungi 50 item berskala lima Likert telah digunakan bagi mengukur maklumbalas responden. Sebanyak lapan hipotesis khusus telah dibentuk bagi kajian ini. Kaedah-kaedah statistic Korelasi Pearson, Ujian-t, Analisis Varian Sehala {ANOVA) dan Regresi Berganda telah digunakan bagi menguji hipotesis­hipotesis ini. Hasil kajian menunjukkan a) terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja ganjaran intrinsik dan ekstrinsik dengan komitmen terhadap organisasi, b) tidak terdapat perbezaan komitmen yang signifikan berdasarkan cirri demografi seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan kategori perkhidmatan dan c) ganjaran kepuasan kerja intrinsik menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas komitmen terhadap organisasi. Berdasarkan dapatan ini, cadangan-cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi komitmen para guru kepada organisasi mereka.