Hubungan antara penglibatan dan tanggungjawab guru dengan perlaksanaan pengurusan panitia di sekolah-sekolah rendah, daerah Membakut

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui penglibatan dan tanggungjawab guru dalam perlaksanaan pengurusan panitia. Selain dari itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah terdapat hubungan di antara penglibatan dan tanggungjawab guru dengan perlaksanaan pengurusan panitia. Kajian ini m...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rosley Ajam
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45705/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45705/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45705/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui penglibatan dan tanggungjawab guru dalam perlaksanaan pengurusan panitia. Selain dari itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah terdapat hubungan di antara penglibatan dan tanggungjawab guru dengan perlaksanaan pengurusan panitia. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan sepenuhnya instrumen soal selidik ke atas 136 orang guru yang menjadi ahli kepada panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di sekolah­sekolah rendah dalam daerah Membakut, Sabah. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitif iaitu statistik deskriptif untuk min dan peratusan bagi melihat maklumat am responden, penglibatan dan tanggungjawab guru ke atas perlaksanaan pengurusan panitia manakala statistik inf erensi yang digunakan ialah korelasi pearson untuk melihat hubungan antara penglibatan dan tanggungjawab guru dengan perlaksanaan pengurusan panitia. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penglibatan guru yang tinggi iaitu sebanyak 88.9% ke atas tiga program panitia iaitu mesyuarat panitia, perlaksanaan program berdasarkan keputusan bersama dalam mesyuarat dan perlaksanaan program yang dicadangkan dalam mesyuarat. Kajian ini juga mendapati tanggungjawab guru yang paling tinggi dengan peratusan sebanyak 89.7% adalah tanggungjawab ke atas mesyuarat panitia dan tanggungjawab ke atas semua program akademik yang dianjurkan panitia. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan penglibatan guru dalam perlaksanaan pengurusan panitia. Ujian Anova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara panitia yang diwakili terhadap tanggungjawab mereka dalam perlaksanaan pengurusan panitia. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan guru dengan perlaksanaan pengurusan panitia pada aras r = .76 dan tanggungjawab guru dengan perlaksanaan pengurusan panitia pada aras r = .75 dengan aras signifikan di bawah p < 0.05.