Hubungan konsep kendiri dengan kepimpinan dalam kegiatan kokurikulum pelajar sekolah menengah di daerah Papar
Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk melihat hubungan konsep kendiri pelajar dengan kepimpinan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dalam kalangan pelajar tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah di Daerah Papar. Kajian ini dibuat bagi (1)menentukan perbezaan dalam konsep kendiri pelajar berdasarkan...
| 第一著者: | |
|---|---|
| フォーマット: | 学位論文 |
| 言語: | 英語 英語 |
| 出版事項: |
2007
|
| 主題: | |
| オンライン・アクセス: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45709/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45709/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45709/ |
| Abstract | Abstract here |
| 要約: | Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk melihat hubungan konsep kendiri pelajar dengan kepimpinan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dalam kalangan pelajar tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah di Daerah Papar. Kajian ini dibuat bagi (1)menentukan perbezaan dalam konsep kendiri pelajar berdasarkan jantina, (2)mengenalpasti hubungan antara konsep kendiri pelajar dengan kepimpinan pelajar, (3)mengenalpasti hubungan antara konsep kendiri pelajar dengan kegiatan kokurikulum iaitu kegiatan persatuan/kelab, kegiatan sukan/permainan dan kegiatan unit beruniform, ( 4)mengenalpasti hubungan antara kepimpinan pelajar dengan kegiatan kokurikulum iaitu kegiatan persatuari/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform. Sampel kajian melibatkan seramai 161 orang responden. Data diperolehi melalui soal selidik. Data dianalisis menggunakan program SPSS for Windows Version 13.a Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan korelasi Pearson 'r' dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan ba,hawa; Hol tidak terdapat perbezaan konsep kendiri pelajar berdasarkan jantina, Ho2 terdapat hubungan positif antara konsep kendiri pelajar dengan kepimpinan pelajar, Ho3 terdapat hubungan yang positif antara konsep kendiri pelajar dengan kegiatan kokurikulum, Ho4 menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara kepimpinan pelajar dengan kegiatan kokurikulum, Hos, Ho6 dan Ho7 menunjukkan terdapat hubungan antara konsep kendiri pelajar dengan kegiatan persatuan, sukan dan unit beruniform, Ho8 dan Ho10 menunjukkan terdapat hubungan antara kepimpinan pelajar dengan kegiatan kelab dan unit beruniform. Tetapi bagi Ho9 menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (p=0.140, k>0.05) antara kepimpinan pelajar dengan kegiatan sukan/permainan kerana pelajar yang mengikuti permainan berkumpulan lebih mengutamakan kerjasama dalam kumpulan iaitu teamwork berbanding kepimpinan individu. Hasil kajian ini mendapati konsep kendiri pelajar dengan kepimpinan pelajar dalam kegiatan kokurikulum saling berkait. Perkembangan konsep kendiri pelajar melalui penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di sekolah merupakan satu petunjuk atau petanda yang baik ke arah keberkesanan objektif dan matlamat kegiatan kokurikulum ini. |
|---|
