Pengaruh kecerdasan emosi terhadap mutu kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan dan pengaruh kecerdasan emosi terhadap mutu kerja dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu Bahagian A me...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Chin, Shea Vui
Format: Thèse
Langue:anglais
anglais
Publié: 2009
Sujets:
Accès en ligne:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45852/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45852/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45852/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan dan pengaruh kecerdasan emosi terhadap mutu kerja dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu Bahagian A mengumpul maklumat demografi responden, Bahagian B yang diubahsuai dari 'Multifactor Emotional Intelligence Scale' (MEIS) untuk mengkaji kecerdasan emosi guru dan Bahagian C yang diubahsuai dari 'Self-Assessment Questionnaire' untuk mengkaji mutu kerja guru. Seramai 225 orang guru telah dijadikan sebagai sampel kajian ini. Nilai alfa yang diperoleh dari kajian rintis bagi Bahagian B adalah 0. 91 manakala Bahagian C mencatat nilai alfa sebanyak 0.83. Soal selidik dikumpul, disemak dan dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package of Social Science 11.0 for Windows (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kecerdasan emosi dan mutu kerja mengikut jantina dalam kalangan guru. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi kecerdasan emosi dan mutu kerja bagi guru mengikut pengalaman mengajar mereka. Secara keseluruhannya, dapatan kajian membuktikan bahawa kecerdasan emosi mempunyai hubungan linear positif yang signifikan dengan mutu kerja guru. Kecerdasan emosi telah menyumbangkan sebanyak 48.1 % daripada varians yang wujud dalam mutu kerja dalam kalangan guru sekolah menengah. Hubungan dan pengaruh yang signifikan ini perlu diberi perhatian di dalam corak latihan para pendidik di Malaysia di masa-masa akan datang.