Corak kepekatan fosfat di sungai Telipok
Data kepekatan fosfat dan tren perubahan guna tanah di Sungai Telipok telah dikumpul dari tahun 2000 hingga 2009. Pengumpulan data ini adalah bertujuan melihat corak taburan kepekatan fosfat antara tahun 2000 hingga tahun 2009. Objektif kajian ini juga ialah mengenalpasti kesan pencemaran fosfat dar...
| 第一著者: | |
|---|---|
| フォーマット: | 学位論文 |
| 言語: | 英語 英語 |
| 出版事項: |
2010
|
| 主題: | |
| オンライン・アクセス: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6557/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6557/2/FULLTEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6557/ |
| Abstract | Abstract here |
| 要約: | Data kepekatan fosfat dan tren perubahan guna tanah di Sungai Telipok telah dikumpul dari tahun 2000 hingga 2009. Pengumpulan data ini adalah bertujuan melihat corak taburan kepekatan fosfat antara tahun 2000 hingga tahun 2009. Objektif kajian ini juga ialah mengenalpasti kesan pencemaran fosfat daripada perubahan guna tanah di kawasan tadahan Sungai Telipok ke atas kualiti air Sungai Telipok. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara perubahan guna tanah dengan kepekatan fosfat di Sungai Telipok. Kepekatan fosfat dalam air ditentukan dengan menggunakan peralatan Hach Kit DR 2000. Kaedah Piawai atau dikenali sebagai Kaedah Stannous klorida dan Kaedah Asid askorbik juga digunakan. Hasil kajian menunjukkan tren perubahan kepekatan fosfat mengikut tahun di kawasan tadahan sungai berubah secara tidak sekata. Perubahan guna tanah juga tidaklah memberi kesan yang besar kepada kualiti air Sungai Telipok. Oleh itu, tiada hubungan yang jelas antara perubahan guna tanah dengan kepekatan fosfat di Sungai Telipok. |
|---|