Penerapan kemahiran kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi dalam kerja amali stem kimia tingkatan enam.

Kajian mengenai amalan pengajaran guru terhadap penerapan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) telah banyak didokumentasikan. Namun, kajian yang sedemikian terhadap guru tingkatan enam untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih terbatas. Malah kajian terhada...

全面介紹

書目詳細資料
主要作者: Mohamad, Nur Zaitul Akmar
格式: Thesis
語言:英语
出版: 2022
主題:
在線閱讀:https://etd.uum.edu.my/10182/1/s826656_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10182/
Abstract Abstract here
實物特徵
總結:Kajian mengenai amalan pengajaran guru terhadap penerapan kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) telah banyak didokumentasikan. Namun, kajian yang sedemikian terhadap guru tingkatan enam untuk mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih terbatas. Malah kajian terhadap pelaksanaan kerja amali, khususnya mata pelajaran Kimia amat terhad. Kimia merupakan salah satu mata pelajaran STEM yang mampu melahirkan masyarakat yang celik Sains untuk kesejahteraan negara melalui kemahiran makmal atau amali yang berteraskan kemahiran 4K (kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi). Sejauh mana guru mengendalikan kelas amali mempengaruhi minat pelajar untuk meneruskan bidang STEM sebagai kerjaya mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka amalan pengajaran guru Kimia tingkatan enam dalam menerapkan kemahiran 4K semasa kerja amali. Kajian ini memfokuskan kepada guru Kimia tingkatan enam di sekolah menengah kebangsaan dan kolej tingkatan enam di negeri Kedah yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data kualitatif dikumpul dengan menggunakan analisis dokumen, temubual dan refleksi guru. Analisis tematik menggunakan perisian Atlas.ti versi 9 dilakukan ke atas data terkumpul. Dapatan kajian menunjukkan guru melakukan perancangan dan pelaksaanaan yang teliti berkaitan pengendalian kerja amali seperti yang disarankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Analisis kajian juga menunjukkan bahawa guru cenderung menerapkan kemahiran 4K dalam proses pelaksanaan kerja amali tetapi masih memerlukan latihan bagi meningkatkan amalan pengajaran. Guru mempamerkan amalan seperti berfikir secara luar kotak, melakukan proses penaakulan, interaksi dua hala dan semangat kebersamaan. Selain itu, empat isu yang dihadapi oleh guru juga dikenal pasti iaitu infrastruktur, masa, kewangan dan kesediaan. Implikasi kajian ini dibincangkan dalam konteks guru dan penyelidik sendiri sebagai pembelajar sepanjang hayat dalam meningkatkan kualiti profesionalisme mereka.