Norma eufemisme dalam novel Ramlee Awang Murshid.

Penggunaan bahasa terlarang seperti perkataan kesat, lucah dan negatif dalam penulisan novel boleh mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan pembaca. Sehubungan dengan itu, penulis novel di Malaysia digalakkan untuk menggunakan bahasa halus khususnya eufemisme dalam penulisan novel bagi menge...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Arumugam, Balakrishnan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10291/1/s901143_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/10291/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Penggunaan bahasa terlarang seperti perkataan kesat, lucah dan negatif dalam penulisan novel boleh mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan pembaca. Sehubungan dengan itu, penulis novel di Malaysia digalakkan untuk menggunakan bahasa halus khususnya eufemisme dalam penulisan novel bagi mengelakkan kesan negatif terhadap pemahaman pembaca. Kajian lepas menunjukkan bahawa penelitian eufemisme lebih terarah kepada aspek terjemahan dan media. Manakala, pengkajian eufemisme dari aspek gaya bahasa dan pragmatik pula dikesampingkan. Hal ini menyebabkan wujudnya jurang dalam pendekatan penelitian eufemisme secara terperinci. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu, (i) mengenal pasti jenis norma dan kaedah eufemisme, (ii) menghuraikan eufemisme norma, kaedah dan fungsi serta (iii) merumuskan pertalian antara norma eufemisme, perspektif kaedah dan fungsi dengan kesantunan bahasa. Kajian ini berbentuk kualitatif berdasarkan kaedah analisis teks dengan menjadikan 10 buah novel karya Ramlee Awang Murshid sebagai data kajian. Pendekatan Allan dan Burridge (2006) dan prinsip kesantunan Leech (1983) dijadikan sebagai tunjang kajian. Dapatan menunjukkan bahawa norma kematian paling kerap digunakan, iaitu sebanyak 23.57%, diikuti dengan norma perasaan sebanyak 22.34%, norma seksual sebanyak 17.25 %, norma kepercayaan sebanyak 13%, norma ketakutan sebanyak 11.24%, norma penyakit 6.47% dan anggota badan sebanyak 6%. Selain itu, kaedah konotasi paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 59% diikuti dengan penggantian sebanyak 33%, kiasan 7.39%, pinjaman 4.77% dan singkatan 0.154%. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 110 maksim bertepatan dengan prinsip tersebut dan maksim kebijaksanaan paling tinggi digunakan iaitu 74%. Kesimpulannya, penggabungan eufemisme dari aspek gaya bahasa dengan aspek pragmatik dapat memantapkan lagi dapatan berkenaan norma eufemisme dan membuka ruang dalam memahami unsur eufemisme dengan lebih terperinci. Selain itu, kajian ini juga dapat menyumbang dalam memperkaya khazanah ilmu berkaitan penggunaan eufemisme.