Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah

Pertambahan penduduk, pengembangan penempatan, sumber air mentah yang semakin berkurangan dan ekonomi komersil yang berkembang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan air terawat, walhal bekalan yang mampu ditawarkan adalah terhad. Justeru, objektif kajian meneliti campur tangan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11064/1/depositpermission-s903544.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/2/s903544_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/3/s903544_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/
Abstract Abstract here
_version_ 1855575007287050240
author Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin
author_facet Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin
author_sort Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin
description Pertambahan penduduk, pengembangan penempatan, sumber air mentah yang semakin berkurangan dan ekonomi komersil yang berkembang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan air terawat, walhal bekalan yang mampu ditawarkan adalah terhad. Justeru, objektif kajian meneliti campur tangan politik dan kesannya ke atas profesionalisme dalam pengurusan serta khidmat pengguna di dalam Syarikat Air Darul Aman (SADA) di negeri Kedah. Kajian ini melibatkan analisis kes tunggal yang menggunakan kedua-dua metodologi kualitatif dan kuantitatif. Ia merangkumi lima kaedah penyiasatan iaitu penyelidikan perpustakaan, tinjauan ke atas 200 pelanggan SADA yang dipilih secara rawak, analisis dokumen, penyertaan pemerhatian aktif, dan temu bual bersemuka. Temu bual melibatkan 22 informan, terdiri daripada 14 pegawai kanan SADA dan lapan ahli politik Kedah. Dapatan kajian merumuskan campur tangan politik dalam pengurusan SADA berpunca dari beberapa sebab. Pertama, penguasaan monopoli ahli politik di dalam rangka ke struktur organisasi SADA mempunyai implikasi yang mendalam. Hubungan yang erat antara ahli politik dan pengurusan atasan mempengaruhi pembuatan and perlaksanaan dasar dan operasi harian syarikat. Kuasa luas yang dimiliki oleh pihak pengurusan tertinggi hasil naungan politik turut membuka ruang untuk salah laku. Campur tangan politik turut berlaku apabila ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen bukan sahaja menyuarakan kebimbangan pengundi berkaitan isu bekalan air terawat, tetapi juga berusaha mendapatkan sokongan orang ramai dengan mempolitikkan pengurusan bekalan air itu. Penyelidikan ini mengambil kira kepentingan dalam meningkatkan kesedaran mengenai usaha pihak pengurusan untuk memastikan pengurusan bekalan air yang cekap dan mapan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan pendekatan sinergi multidimensi, merangkumi penerokaan sumber air mentah, penggunaan air kitar semula, penstrukturan semula hierarki pentadbiran, pengukuhan langkah keselamatan air, strategi pengedaran yang sistematik, dan penyampaian perkhidmatan pengguna yang berkesan. Hasil kajian menyediakan kerangka model untuk mengubah SADA menjadi entiti profesional yang mementingkan pengguna dengan mengurangkan atau meminggirkan pengaruh politik. Rangka kerja ini berfungsi sebagai rujukan dan inisiatif strategik masa hadapan dengan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, pengurusan tertinggi yang berwibawa, menyediakan autonomi dalam rancangan perniagaan, penetapan kadar tarif yang mencerminkan realiti semasa, mengawal aspek kewangan, modal operasi dan memberikan kebebasan untuk menetapkan dasar.
format Thesis
id oai:etd.uum.edu.my:11064
institution Universiti Utara Malaysia
language English
English
English
publishDate 2023
record_format EPrints
record_pdf Restricted
spelling oai:etd.uum.edu.my:110642024-03-23T23:53:44Z https://etd.uum.edu.my/11064/ Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin JA Political science (General) Pertambahan penduduk, pengembangan penempatan, sumber air mentah yang semakin berkurangan dan ekonomi komersil yang berkembang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk bekalan air terawat, walhal bekalan yang mampu ditawarkan adalah terhad. Justeru, objektif kajian meneliti campur tangan politik dan kesannya ke atas profesionalisme dalam pengurusan serta khidmat pengguna di dalam Syarikat Air Darul Aman (SADA) di negeri Kedah. Kajian ini melibatkan analisis kes tunggal yang menggunakan kedua-dua metodologi kualitatif dan kuantitatif. Ia merangkumi lima kaedah penyiasatan iaitu penyelidikan perpustakaan, tinjauan ke atas 200 pelanggan SADA yang dipilih secara rawak, analisis dokumen, penyertaan pemerhatian aktif, dan temu bual bersemuka. Temu bual melibatkan 22 informan, terdiri daripada 14 pegawai kanan SADA dan lapan ahli politik Kedah. Dapatan kajian merumuskan campur tangan politik dalam pengurusan SADA berpunca dari beberapa sebab. Pertama, penguasaan monopoli ahli politik di dalam rangka ke struktur organisasi SADA mempunyai implikasi yang mendalam. Hubungan yang erat antara ahli politik dan pengurusan atasan mempengaruhi pembuatan and perlaksanaan dasar dan operasi harian syarikat. Kuasa luas yang dimiliki oleh pihak pengurusan tertinggi hasil naungan politik turut membuka ruang untuk salah laku. Campur tangan politik turut berlaku apabila ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen bukan sahaja menyuarakan kebimbangan pengundi berkaitan isu bekalan air terawat, tetapi juga berusaha mendapatkan sokongan orang ramai dengan mempolitikkan pengurusan bekalan air itu. Penyelidikan ini mengambil kira kepentingan dalam meningkatkan kesedaran mengenai usaha pihak pengurusan untuk memastikan pengurusan bekalan air yang cekap dan mapan di Malaysia. Kajian ini mencadangkan pendekatan sinergi multidimensi, merangkumi penerokaan sumber air mentah, penggunaan air kitar semula, penstrukturan semula hierarki pentadbiran, pengukuhan langkah keselamatan air, strategi pengedaran yang sistematik, dan penyampaian perkhidmatan pengguna yang berkesan. Hasil kajian menyediakan kerangka model untuk mengubah SADA menjadi entiti profesional yang mementingkan pengguna dengan mengurangkan atau meminggirkan pengaruh politik. Rangka kerja ini berfungsi sebagai rujukan dan inisiatif strategik masa hadapan dengan memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan, pengurusan tertinggi yang berwibawa, menyediakan autonomi dalam rancangan perniagaan, penetapan kadar tarif yang mencerminkan realiti semasa, mengawal aspek kewangan, modal operasi dan memberikan kebebasan untuk menetapkan dasar. 2023 Thesis NonPeerReviewed text en https://etd.uum.edu.my/11064/1/depositpermission-s903544.pdf text en https://etd.uum.edu.my/11064/2/s903544_01.pdf text en https://etd.uum.edu.my/11064/3/s903544_02.pdf Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin (2023) Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
spellingShingle JA Political science (General)
Abd. Ghani @ Zulkifli, Zainuddin
Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah
thesis_level PhD
title Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah
title_full Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah
title_fullStr Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah
title_full_unstemmed Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah
title_short Politik Dalam Pengurusan Bekalan Air di Negeri Kedah
title_sort politik dalam pengurusan bekalan air di negeri kedah
topic JA Political science (General)
url https://etd.uum.edu.my/11064/1/depositpermission-s903544.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/2/s903544_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/3/s903544_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/11064/
work_keys_str_mv AT abdghanizulkiflizainuddin politikdalampengurusanbekalanairdinegerikedah