Kesan modul tingkah laku kognitig intergrasi islam (TKII ) dan pengajaran spiritual terhadap kepuasan perkahwinan wanita bermadu

Cabaran dalam poligami bagi wanita adalah dalam menangani perasaan negatif yang menjejaskan kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual mereka yang terlibat. Berdasarkan Tingkah Laku Kognitif integrasi Islam, perasaan ini mungkin timbul hasil daripada corak pemikiran yang dibentuk oleh norm...

وصف كامل

التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Nurhikmah, Mubarak Ali
التنسيق: أطروحة
اللغة:الإنجليزية
الإنجليزية
الإنجليزية
منشور في: 2024
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://etd.uum.edu.my/11188/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11188/2/s94283_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11188/3/s94283_02.pdf
الوصف
الملخص:Cabaran dalam poligami bagi wanita adalah dalam menangani perasaan negatif yang menjejaskan kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual mereka yang terlibat. Berdasarkan Tingkah Laku Kognitif integrasi Islam, perasaan ini mungkin timbul hasil daripada corak pemikiran yang dibentuk oleh norma masyarakat dan didikan keluarga. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap perbezaan bagi aspek kepuasan perkahwinan, pemikiran sihat, dan spiritual dengan mengaplikasikan Modul Tingkah laku Kognitif Integrasi Islam (TKII) menerusi pendekatan eksperimen kuasi. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan selang masa dan interaksi bagi pembolehubah yang dikaji. Seramai 30 orang wanita bermadu telah dipilih secara teknik persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Responden telah dibahagikan kepada kelompok rawatan TKII, kelompok pengajaran spiritual dan kelompok kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi aspek spiritual untuk kelompok Modul TKII, namun tiada perbezaan yang signifikan bagi aspek pemikiran sihat dan kepuasan perkahwinan. Hasil dapatan kesan sela masa pula menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara sela masa ujian pra dan pasca bagi pemikiran sihat dan spiritual. Namun, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara sela masa ujian pra dengan ujian pasca bagi kepuasan perkahwinan. Implikasi daripada kajian ini telah menunjukkan kedua-dua pendekatan ini boleh dijadikan sebagai satu rujukan baharu dalam bidang Kaunseling Islam. Modul TKII ini dapat membantu pengamal dalam kaunseling keluarga bagi menjalankan intervensi terhadap klien.