Depresi Dan Tekanan Kerja Di Kalangan Anggota Polis Semasa Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid 19: Kajian Kes Di Negeri Kedah
Aspek kesihatan mental boleh mempengaruhi perkembangan prestasi kerja seseorang individu. Dalam dunia moden pada hari ini, impak kesihatan mental boleh datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Penugasan kerja dalam bidang-bidang berisiko, sebagai contoh, ketika musim pandemik Covid19, boleh membur...
| 第一著者: | |
|---|---|
| フォーマット: | 学位論文 |
| 言語: | 英語 英語 英語 |
| 出版事項: |
2024
|
| 主題: | |
| オンライン・アクセス: | https://etd.uum.edu.my/11297/1/depositpermission-828187.pdf https://etd.uum.edu.my/11297/2/s828187_01.pdf https://etd.uum.edu.my/11297/3/s828187_02.pdf |
| 要約: | Aspek kesihatan mental boleh mempengaruhi perkembangan prestasi kerja seseorang individu. Dalam dunia moden pada hari ini, impak kesihatan mental boleh datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Penugasan kerja dalam bidang-bidang berisiko,
sebagai contoh, ketika musim pandemik Covid19, boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan mental seseorang individu. Antara yang paling terkesan dalam hal ini ialah anggota keselamatan dan penguatkuasa termasuk anggota polis. Kajian ini
menganalisis masalah depresi dan tekanan di kalangan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang bertugas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika musim pandemik Covid19 yang lalu di negeri Kedah, khasnya di daerah Kota
Setar. Objektif utamanya ialah untuk mengenal pasti sejauh mana faktor jenis penugasan kerja, tempoh perkhidmatan dan faktor imbuhan dan manfaat (gaji) mempengaruhi masalah depresi dan tekanan kerja di kalangan anggota polis yang bertugas pada ketika itu. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif yang membabitkan penggunaan teknik temubual, perbincangan kumpulan berfokus dan analisis kandungan bahan-bahan kajian perpustakaan. Hasil kajian ini mendapati bahawa peratusan hubungan antara faktor jenis penugasan kerja semasa musim Covid19, tempoh perkhidmatan polis yang panjang dan bentuk imbuhan dan manfaat boleh menyumbang kepada masalah depresi dan tekanan kerja di kalangan anggota polis. Tekanan kerja dalam organisasi PDRM memang wujud, namun kajian lanjut perlu dijalankan ke atas populasi sama atau berbeza dengan melihat faktor tekanan yang berbeza. Perbezaan kedudukan geografi dengan perbezaan dalam aspek fahaman politik, ekonomi, sosial, teknologi, persekitaran dan perlaksanaan undangundang
cenderung dalam mempengaruhi perbezaan faktor-faktor tekanan bagi sesuatu populasi. |
|---|