Media Dan Pilihan Raya: Satu Kajian Ke Atas Negeri Sarawak
Media memainkan peranan penting bagi membentuk pemikiran pengundi. Ini kerana media merupakan sumber maklumat politik yang utama kepada rakyat dalam masyarakat di Malaysia yang mengamalkan pendekatan demokratik iaitu melalui pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerint...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English |
| Published: |
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://etd.uum.edu.my/11346/1/depositpermission-s904129.pdf https://etd.uum.edu.my/11346/2/s904129_01.pdf https://etd.uum.edu.my/11346/ |
| Abstract | Abstract here |
| Summary: | Media memainkan peranan penting bagi membentuk pemikiran pengundi. Ini kerana media merupakan sumber maklumat politik yang utama kepada rakyat dalam masyarakat di Malaysia yang mengamalkan pendekatan demokratik iaitu melalui pilihan raya. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Objektif kajian ini adalah bagi melihat dengan lebih komprehensif peranan yang telah dimainkan oleh media iaitu
melalui media cetak (majalah, akhbar), media penyiaran (TV, radio), internet dan out of home (iklan) semasa PRN 11 dan 12 serta PRU 14 dan 15 di Sarawak. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif, kajian ini mendapati media
diterima oleh pengundi di Sarawak dalam mendapatkan maklumat sepanjang pilihan raya. Media internet terutamanya media sosial menjadi pilihan pengundi. Penerimaan media didapati memberi kesan kepada pengundi iaitu dari aspek corak pengundian dan
pembangunan ekonomi. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan kebebasan media berada pada tahap sederhana. Cadangan bagi kajian ini tertumpu kepada tiga perspektif iaitu masyarakat, pengamal media dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada
pihak kerajaan dan swasta. Oleh yang demikianlah, kajian ini mampu mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengundi dalam penggunaan media dan sekaligus dapat menyediakan cadangan atau panduan bagi menambahbaik media di Malaysia
terutama apabila menjelangnya pilihan raya. |
|---|
