Penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Al-Syariah dalam kalangan pelajar KBD di Negeri Perlis

Terdapat kajian yang menunjukkan tahap penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia berada pada tahap yang rendah kerana mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda. Objektif kajian ini ialah meneroka penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Al-Syar...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Norhafiza, Mat Isa
Format: Thesis
Language:Malay
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11580/1/s825785_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11580/2/s825785_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/11580/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Terdapat kajian yang menunjukkan tahap penggunaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia berada pada tahap yang rendah kerana mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa ibunda. Objektif kajian ini ialah meneroka penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Al-Syariah dalam kalangan pelajar KBD di negeri Perlis dari aspek persepsi pelajar, strategi pembelajaran yang diaplikasikan dan faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahasa Arab.Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan reka bentuk kajian kes dan teknik pensampelan bertujuan yang melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan Empat sebagai peserta kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah temubual separa struktur, pemerhatian dan analisis dokumen.Dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam KBD telah mewujudkan persepsi positif dan negatif. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga strategi pembelajaran Bahasa Arab yang digunakan oleh peserta kajian iaitu strategi di dalam kelas, strategi di luar kelas dan strategi ketika berhadapan dengan peperiksaan. Terdapat tiga faktor yang membantu para peserta kajian dalam menggunakan Bahasa Arab dalam pembelajaran Al-Syariah iaitu interaksi sosial, interaksi budaya dan sikap individu. Implikasi daripada kajian ini ialah pelajar perlu mengaplikasikan strategi pembelajaran bahasa dalam proses pembelajaran yang menggunakan Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar agar mereka dapat mencapai semua objektif yang terdapat dalam mata pelajaran al-Syariah KBD