Undang-undang dan penguatkuasaan penaziran bagi mengekang penyalahgunaan dana pendidikan di Sekolah Tahfiz Swasta di Malaysia
Penubuhan sekolah-sekolah agama Islam yang menawarkan pendidikan tahfiz semakin berkembang pesat di Malaysia. Dalam pada itu, wujud pelbagai isu serius melibatkan sekolah tahfiz swasta (STS) yang menjadi tajuk perbincangan di peringkat nasional seperti isu penyalahgunaan dana pendidikan dan tadbir u...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Thesis |
| Language: | English English |
| Published: |
2024
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://etd.uum.edu.my/11678/1/depositpermission.pdf https://etd.uum.edu.my/11678/2/s824853_01.pdf |
| Summary: | Penubuhan sekolah-sekolah agama Islam yang menawarkan pendidikan tahfiz semakin berkembang pesat di Malaysia. Dalam pada itu, wujud pelbagai isu serius melibatkan sekolah tahfiz swasta (STS) yang menjadi tajuk perbincangan di peringkat nasional seperti isu penyalahgunaan dana pendidikan dan tadbir urus STS yang lemah. Dari aspek undang-undang dan penguatkuasaan pula, ketidakseragaman undang-undang pengawalan sekolah-sekolah agama Islam mengikut negeri masing-masing dan pelaksanaan penguatkuasaan penaziran yang lemah menghendaki suatu kajian dijalankan untuk menambah baik undang-undang dan penguatkuasaan penaziran sedia ada. Kajian ini mengandungi tiga objektif. Pertama, mengkaji undang-undang sedia ada di Malaysia berkaitan penaziran sekolah agama Islam bagi mengekang penyalahgunaan dana pendidikan di STS. Kedua, mengkaji pelaksanaan penguatkuasaan penaziran dalam mengekang penyalahgunaan dana pendidikan di STS. Ketiga, mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap undang-undang dan penguatkuasaan penaziran sedia ada bagi mengekang penyalahgunaan dana pendidikan di STS. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah sosio-perundangan. Dua orang pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, seorang pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor, dua orang pegawai daripada Sektor Naziran Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor dan seorang Pegawai Syariah daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor telah ditemubual. Kajian ilmiah melalui jurnal dan bahan undang-undang turut diteliti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sembilan buah negeri masing-masing mempunyai Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam, manakala dua buah negeri iaitu Pahang dan Terengganu mempunyai undang-undang subsidiari dalam bentuk Kaedah-kaedah. Selebihnya, dua buah negeri iaitu Kelantan dan Sarawak serta Wilayah-wilayah Persekutuan masih belum mempunyai undang-undang khusus berkenaan pengawalan sekolah-sekolah agama Islam. Antara masalah yang menjejaskan keberkesanan penguatkuasaan penaziran adalah seperti masih banyak STS yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri, kekurangan nazir sekolah Islam, lokasi STS yang jauh di pedalaman, ketidakpastian nazir sekolah Islam terhadap had kuasa mereka dalam menjalankan tugas, serta kebimbangan nazir sekolah Islam terhadap sensitivity masyarakat berhubung arahan penutupan STS. Oleh itu, terdapat keperluan untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang pengawalan sekolah-sekolah agama Islam sedia ada. Selain itu, kajian ini turut mencadangkan kaedah pengkompaunan kesalahan (compounding offence) sebagai salah satu instrumen penguatkuasaan. Hasil kajian ini diharapkan berguna kepada semua Jabatan Agama Islam Negeri, pemegang taruh, pembuat dasar dan juga masyarakat |
|---|