Analisa faktor yang mempengaruhi Dasar Pertahanan Malaysia ketika era Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (1981-2003)

Semenjak tahun 1957, Malaysia telah membangunkan pertahanan negara bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara. Meskipun persekitaran antarabangsa kelihatan aman, Malaysia tetap bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sistem pertahanan Malaysia sejak 1957 dipengaruhi oleh da...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rodziah, Md. Zain
Format: Thesis
Language:English
Malay
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11684/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11684/2/s94529_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11684/3/s94529_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/11684/
Abstract Abstract here
Description
Summary:Semenjak tahun 1957, Malaysia telah membangunkan pertahanan negara bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara. Meskipun persekitaran antarabangsa kelihatan aman, Malaysia tetap bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sistem pertahanan Malaysia sejak 1957 dipengaruhi oleh dasar luar yang digubal oleh pemerintah. Pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957- 1970), Tun Abdul Razak (1970-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981), pembangunan pertahanan negara menunjukkan kemajuan yang mendatar. Namun, semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003), pemodenan pertahanan berkembang pesat, terutamanya dalam aspek logistik dan pembelian asset dan kelengkapan moden Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kajian-kajian terdahulu kebanyakannya menumpukan kepada peningkatan ATM dan Dasar Pertahanan Negara (DPN), namun tidak memberi penjelasan mengenai faktorfaktor yang mempengaruhi dasar tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pertahanan negara Malaysia semasa era Tun Dr. Mahathir. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan menekankan kepada kajian dokumen, penyelidikan perpustakaan, serta kaedah temubual. Kajian eksploratori ini menggunakan sumber primer, termasuk analisis dokumen rasmi yang berkaitan dengan dasar pertahanan, inventori, laporan rasmi dan kenyataan kerajaan serta Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia. Kajian ini menggunakan teori neoklasikal realisme bagi menerangkan model dasar pertahanan Malaysia dalam era Tun Dr. Mahathir, dengan menumpukan kepada tiga faktor utama iaitu faktor luaran, faktor dalaman dan faktor idiosinkratik (keperibadian). Hasil kajian mendapati bahawa, ketiga-tiga faktor ini memberi kesan yang signifikan terhadap pengukuhan dan Pembangunan dasar pertahanan Malaysia di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir. Kesimpulannya, analisis terhadap faktor luaran, dalaman dan idiosinkratik menunjukkan bahawa dasar pertahanan Maalaysia dalam tempoh ini adalah sangat berkesan dan penting. Dasar-dasar yang diambil oleh Tun Dr. Mahathir telah mempengaruhi tindakan dan usaha Malaysia dalam mengekalkan keselamatan negara, imej, kedaulatan dan kemakmuran serta prestij negara