Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023

Perkhidmatan awam merupakan sektor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Penjawat awam atau penjawat awam merupakan sumber penting dalam pelaksanaan sebarang dasar kerajaan. Berdasarkan Biro Pengaduan Awam, PDRM merupakan agensi kerajaan yang kerap kali mendapat aduan rasa tidak puas hati...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nasir, Maidin
Format: Thesis
Language:English
ml
English
Published: 2025
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11699/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11699/2/s826900_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11699/3/s826900_02.pdf
_version_ 1846513682577620992
author Mohd Nasir, Maidin
author_facet Mohd Nasir, Maidin
author_sort Mohd Nasir, Maidin
description Perkhidmatan awam merupakan sektor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Penjawat awam atau penjawat awam merupakan sumber penting dalam pelaksanaan sebarang dasar kerajaan. Berdasarkan Biro Pengaduan Awam, PDRM merupakan agensi kerajaan yang kerap kali mendapat aduan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan. Tahun demi tahun PDRM sering berdepan dengan masalah pelanggaran undang-undang yang paling serius ialah pegawai dan anggota lain melakukan jenayah yang membawa kepada pendakwaan di mahkamah. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan integriti dan kualiti etika bekerja di kalangan Pegawai dan anggota Polis di IPK Kedah. Kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku etika di IPK Kedah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Kaedah kajian deskriptif dipilih bagi memberikan gambaran keseluruhan tentang konteks yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Kaedah kualitatif membolehkan penyelidik untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pandangan, pengalaman, dan perasaan subjek kajian. Ini memberi peluang untuk menggali maklumat yang tidak dapat diperoleh melalui kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di kalangan responden yang bertugas di IPK Kedah untuk memahami dan mendalami mengenai keberkesanan etika kerja khusunya di IPK Kedah. Kaedah temubual mendalam dan temubual focus berkumpulan dijalankan bagi mendapatkan data kajian ini. Dapatan kajian ini mendapati bahawa sokongan pegawai atasan, budaya kerja yang baik dan pelaksanaan kerja yang beretika secara berpasukan merupakan amalan kerja berintegriti di IPK Kedah. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kepimpinan yang berkualiti menyumbang kepada etika kerja yang baik di IPK Kedah. Hasil kajian ini mendapati faktor-faktor seperti individu, kawalan diri,persekitaran,rakan sekerja dan disiplin diri menjadi penyumbang kepada pengamalan etika kerja terbaik di IPK Kedah. Penemuan dalam kajian ini selari dengan kewujudan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM yang ditubuhkan bagimembuktikan komitmen PDRM dalam memastikan semua anggota melaksanakan tugasdengan penuh beretika dan berintegriti. Pengamalan etika kerja yang berkualiti dan berintegriti dapat diperkasakan pada masa hadapan dengan penggunaan teknologi terkini yang membolehkan Tindakan yang diambil oleh anggota polis direkodkan melalui peralatan berteknologi yang bersepadu
format Thesis
id oai:etd.uum.edu.my:11699
institution Universiti Utara Malaysia
language English
ml
English
publishDate 2025
record_format eprints
spelling oai:etd.uum.edu.my:116992025-07-02T07:41:30Z https://etd.uum.edu.my/11699/ Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023 Mohd Nasir, Maidin HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment Perkhidmatan awam merupakan sektor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Penjawat awam atau penjawat awam merupakan sumber penting dalam pelaksanaan sebarang dasar kerajaan. Berdasarkan Biro Pengaduan Awam, PDRM merupakan agensi kerajaan yang kerap kali mendapat aduan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan. Tahun demi tahun PDRM sering berdepan dengan masalah pelanggaran undang-undang yang paling serius ialah pegawai dan anggota lain melakukan jenayah yang membawa kepada pendakwaan di mahkamah. Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan integriti dan kualiti etika bekerja di kalangan Pegawai dan anggota Polis di IPK Kedah. Kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor yang mempengaruhi tingkah laku etika di IPK Kedah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Kaedah kajian deskriptif dipilih bagi memberikan gambaran keseluruhan tentang konteks yang berkaitan dengan penyelidikan ini. Kaedah kualitatif membolehkan penyelidik untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pandangan, pengalaman, dan perasaan subjek kajian. Ini memberi peluang untuk menggali maklumat yang tidak dapat diperoleh melalui kaedah kuantitatif. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan di kalangan responden yang bertugas di IPK Kedah untuk memahami dan mendalami mengenai keberkesanan etika kerja khusunya di IPK Kedah. Kaedah temubual mendalam dan temubual focus berkumpulan dijalankan bagi mendapatkan data kajian ini. Dapatan kajian ini mendapati bahawa sokongan pegawai atasan, budaya kerja yang baik dan pelaksanaan kerja yang beretika secara berpasukan merupakan amalan kerja berintegriti di IPK Kedah. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa kepimpinan yang berkualiti menyumbang kepada etika kerja yang baik di IPK Kedah. Hasil kajian ini mendapati faktor-faktor seperti individu, kawalan diri,persekitaran,rakan sekerja dan disiplin diri menjadi penyumbang kepada pengamalan etika kerja terbaik di IPK Kedah. Penemuan dalam kajian ini selari dengan kewujudan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM yang ditubuhkan bagimembuktikan komitmen PDRM dalam memastikan semua anggota melaksanakan tugasdengan penuh beretika dan berintegriti. Pengamalan etika kerja yang berkualiti dan berintegriti dapat diperkasakan pada masa hadapan dengan penggunaan teknologi terkini yang membolehkan Tindakan yang diambil oleh anggota polis direkodkan melalui peralatan berteknologi yang bersepadu 2025 Thesis NonPeerReviewed text en https://etd.uum.edu.my/11699/1/depositpermission.pdf text ml https://etd.uum.edu.my/11699/2/s826900_01.pdf text en https://etd.uum.edu.my/11699/3/s826900_02.pdf Mohd Nasir, Maidin (2025) Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia.
spellingShingle HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment
Mohd Nasir, Maidin
Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023
title Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023
title_full Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023
title_fullStr Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023
title_full_unstemmed Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023
title_short Keberkesanan etika kerja Polis DiRaja Malaysia : Kajian kes di ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah tahun 2020-2023
title_sort keberkesanan etika kerja polis diraja malaysia kajian kes di ibu pejabat polis kontinjen kedah tahun 2020 2023
topic HF5549-5549.5 Personnel Management. Employment
url https://etd.uum.edu.my/11699/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11699/2/s826900_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11699/3/s826900_02.pdf
url-record https://etd.uum.edu.my/11699/
work_keys_str_mv AT mohdnasirmaidin keberkesananetikakerjapolisdirajamalaysiakajiankesdiibupejabatpoliskontinjenkedahtahun20202023