Pengaruh kepimpinan autentik guru besar dan resiliensi motivasi pengajaran guru sekolah rendah di Negeri Terengganu

Dalam kepimpinan moden masa kini, usaha melestarikan pemimpin autentik bertaraf dunia menjadi keutamaan yang sejajar dengan perkembangan revolusi industri (IR) 4.0. Namun, motivasi pengajaran dalam kalangan guru dilihat semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya termasuk kep...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: Mohammad Zainuddin, Mat Zain
Format: Thèse
Langue:anglais
malais
anglais
Publié: 2025
Sujets:
Accès en ligne:https://etd.uum.edu.my/11817/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11817/2/s905264_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11817/3/s905264_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/11817/
Abstract Abstract here
Description
Résumé:Dalam kepimpinan moden masa kini, usaha melestarikan pemimpin autentik bertaraf dunia menjadi keutamaan yang sejajar dengan perkembangan revolusi industri (IR) 4.0. Namun, motivasi pengajaran dalam kalangan guru dilihat semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya termasuk kepimpinan autentik guru besar yang berkesan dan resiliensi guru yang rendah. Justeru, kajian ini bertujuan menguji pengaruh kepimpinan autentik guru besar dan resiliensi terhadap motivasi pengajaran guru sekolah rendah di Negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kajian tinjauan secara rentasan. Seramai 436 orang guru dari 64 buah sekolah rendah di sekitar Negeri Terengganu dipilih sebagai responden yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berlapis. Manakala, instrumen kajian diadaptasi daripada Authentic Leadership Questionnaire, Teachers’ Resilience Scale, dan Teachers’ Motivation Scale. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi, dan Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) dengan bantuan perisian IBM-SPSS-AMOS. Kepimpinan autentik guru besar diukur melalui empat dimensi iaitu Ketelusan Dalam Perhubungan, Penghayatan Nilai Moral, Keseimbangan Memproses Maklumat, dan Kesedaran Diri. Resiliensi guru pula diukur melalui empat dimensi iaitu Kecekapan dan Kebolehpercayaan Individu, Pengaruh Kerohanian, Rakan Sekerja, serta Kemahiran Sosial & Sokongan Rakan Sebaya. Manakala, motivasi pengajaran guru diukur melalui lima dimensi iaitu Efikasi Personal, Efikasi Pengajaran, Efikasi Keberhasilan, Mina, dan Usaha. Kajian ini mendapati bahawa kepimpinan autentik guru besar mempunyai pengaruh signifikan terhadap resiliensi guru. Manakala, resiliensi guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap motivasi pengajaran guru. Kajian ini juga berjaya membangunkan sebuah Model Kepimpinan Autentik Guru Besar yang berpotensi memberi alternatif kepada guru besar dalam menjalankan fungsi kepimpinan autentik dengan berkesan. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa peranan kepimpinan autentik guru besar adalah penting dalam meningkatkan resiliensi guru yang menyokong motivasi pengajaran guru di sekolah